Thursday 23 February 2012

Bermula episod baru

Alhamdulillah, saya telah dapat jadual waktu mengajar untuk semester ini. Memandangkan semester sudah berjalan hampir minggu ke 8, saya diminta untuk menyambung modul yang telah di bawa oleh rakan sebelum ini.

PB 302 - Comercial Law

PA 304 - Company Law

P 3117 -  Keusahawanan

Sunday 19 February 2012

Sujud Syukur Mengiringi Keputusan

15.02.2012.  Kira-kira jam 10.30 malam saya menerima mesej daripada seorang teman melalui aplikasi whatsapp. "Buka esis sekarang!". 

Demi menerima mesej tersebut, saya terkesima sebentar. Segera pula saya meminta tablet yang sedang leka digunakan oleh Diyana.

Esis adalah sistem pengurusan sumber manusia yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pengajian Politeknik. Memang akhir-akhir ini saya dan rakan-rakan yang memohon kenaikan pangkat sedang menunggu-nunggu keputusan yang bakal diumumkan.

Dalam debar yang besar, terus saja saya login ke dalam laman esis.

Sungguhlah Allah maha kaya. Alhamdulillah kejayaan ini adalah rezeki anak yang bakal hadir dalam keluarga kami. Terus sahaja sujud syukur mengiringi keputusan yang cukup menerujakan. Kini saya akan beralih arah. Dari pentadbir yang mengurus hal ehwal pelajar kepada tenaga akademik sepenuh masa.

Rasa syukur  kepada Allah swt terus bergetar di sepanjang malam itu.




Monday 13 February 2012

Belasungkawa

"Allahumma Solli 'ala Sayidina Muhammad Wa'ala alihi wa as-habihi ajma'in" 
"Ya Allah, Kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekelian sahabat-sahabat beliau"

"Al Fatihah" 


Julai 2010 yang lalu, saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat - rakan seperjuangan dalam program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  untuk program Latihan Khidmat Negara (PLKN) : Cikgu Khairuddin.


"Nik, anak saya dapat masuk Polimas." Gembiranya jelas menerobosi telefon bimbit saya.


"Tahniah tuan! jumpa nanti pada hari pendaftaran!" Pintas saya. 

Wednesday 1 February 2012

KBO 13 : Kisah Gadis Kecil Yang Kesepian

"Allahumma Solli 'ala Sayidina Muhammad Wa'ala alihi wa as-habihi ajma'in" - "Ya Allah, Kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekelian sahabat-sahabat beliau"



Pada suatu  malam ketika hujan sedang turun dengan lebatnya. Seorang gadis kecil yang kesepian sedang bersedih kerana keluarganya tidak pernah bahagia.

"Keluargaku tidak bahagia. Ayah dan Ibu ada saja masalah. Hampir setiap hari bergaduh. Besar manakah masalah  mereka sehingga tidak mahu mengalah mencari damai? " Keluhnya dalam hati.

Ketika matanya menjalar melihat keluar jendela, didapati ada empat orang lelaki tua sedang berjalan di tengah hujan lebat. Dia pun terus berlari ke ruang tengah sambil membuka pintu rumah.  "Ayah, Ibu, lihatlah! Kakak, Ke sini semua!! Cepat!"

Si ibu keluar rumah dan menegur sekumpulan lelaki tua itu. "Tuan-tuan, di luar hujan lebat. Mari silalah masuk berteduh dahulu, di rumah kami!"

Keempat lelaki tua itu berhenti di depan rumah dan memperkenalkan diri sendiri satu persatu sebagai: Kekayaan, Kejayaan, Kesejahteraan, dan Keharmonian. Salah seorang menjawab "Terima kasih atas kebaikan Anda. Kami berempat dan kami ada peraturan yang perlu dipatuhi iaitu hanya salah seorang dari kami yang boleh masuk ke rumah. Siapakah yang ingin Anda undang ke rumah Anda?

Ayah berkata, "Kami seharusnya mengundang masuk Kekayaan! Kekayaan boleh membuatkan kami hidup senang dan mewah!!"

Kakak berkata, "Jangan, pilihlah kejayaan!!  Kakak ingin berjaya dalam pelajaran. Dapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu keluargaku akan bangga padaku! Bila sudah berjaya pasti kakak akan dapat kerja yang bagus-bagus dengan pendapatan yang lumayan. Dengan itu kejayaan juga boleh membawa kekayaan!!"

Ibu pula bersuara, "Tunggu! Ibu fikir Kesejahteraan yang paling penting! Karena dengan sejahtera keluarga kita kan cukup segalanya dan kita semua pasti akan sihat!!"

Gadis kecil yang sedari tadi diam membatu, kini menyapa ibunya, "Ibu, Ibu, keharmonian itu apa? Kenapa semua orang tidak mahu memilih keharmonian?"

Setelah terdiam sejenak, Ayah berkata, "Ya, benar! Kenapa kita tidak menjemput Keharmonian masuk ke rumah kita? Kita semua mahu keluarga yang rukun dan damai. Penting sangatkah menjadi kaya, berjaya dan sejahtera? Jika kita rukun pasti bahagia! Kita putuskan, kita undang Tuan Keharmoni ke rumah kita. Silakan masuk Tuan Keharmonian!"

Tuan Keharmonian pun masuk ke dalam rumah dan diikuti dengan tiga orang tua yang lain itu. 

Semuanya terpinga-pinga. " Kenapa masuk semua? Kami hanya menjemput Tuan Keharmonian sahaja!! Bukankan peraturanya hanya seorang sahaja yang boleh masuk ke rumah kami? " Getus Ayah.

Mereka menjawab, "Kami juga ada peraturan yang lain! Jika Keharmonian yang dijemput masuk, maka Kesejahteraan, Kejayaan dan Kekayaan akan turur serta!!"


Gadis kecil itu berkata dengan penuh bahagia, "Sekarang aku mengerti. Kita oleh bahagia kalau kita hidup rukun."


Memang benar. Kerukunan dalam keluarga adalah yang utama dan segalanya. Di dalam diri anak-anak...ada bahagian ayah dan ibu, demikian juga sebaliknya. Setiap bahagian diri harus harmoni. Jika harmoni terjaga, kerukunan terpelihara, maka sukses, bahagia, dan sejahtera pasti akan mengikuti.



“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)
102 : Surah At-Takathur (Ayat 1)