Saya terpanggil untuk respons pandangan peribadi terhadap
isu research di politeknik. Pengalaman saya dan kumpulan menyertai penyelidikan peringkat
kebangsaan MyTEDT pada 3 Nov 2010 dan baru2 nie di Nilai CiETVET pada 26
september 2012 memang sangat menarik. Buat research tidaklah susah seperti yang
kita sangka...tambahan lagi selepas menghadiri bengkel oleh Dr Othman Talib di
USM pada 22 september baru ni. Kawan-kawan boleh melawati web beliau di
drotspss.blogspot.com untuk meningkatkan semangat buat research dan berkongsi
tip-tip buat research dalam tempoh yang singkat. Beliau juga ada menjual e-book
bernilai RM60 sahaja untuk dapatkan tip-tips tersebut.
Kita semua memang patut ambil kesempatan ni. Memang masa
tak ada atau tak cukup tapi sesungguhnya kitalah 'pencuri masa' itu. Kitalah
yang harus mencari masa itu. Sekarang ni nama bentang di peringkat kebangsaan,
jika dianjur oleh poli...memanglah peluang yang tak patut dilepaskan. Kita
hanya bentang sahaja, tiada siapa akan persoalkan 'kualiti' penyelidikan kita
(Tapi ingat 'haruslah beretika') ia tidaklah serupa nak defend proposal master
or phd. Yang ni kena betul2 kawwww
Saya akan propose kpd kawan-kawan macamana nak buat
research bersama ahli kumpulan. Cari 3 atau 4 ahli yang betul2 'sekepala'.
Pilih tajuk yg kawan2 suka dan 'rasa seronok' bila kita buat research. Jangan
buat banyak objektif. Buat 2 objektif dah cukup. Juga pilih 3 independent
variable dah cukup. Disinilah konsep kerjasama memainkan peranan. Baru2 ni kami
buat tajuk Tekanan Kerja Pensyarah terhadap (1) Sikap Pelajar (2) P&P (3)
Tugas sampingan (4) Persekitaran Kerja. Yang saya mentioned 4 tulah independent
variables. Jika kita ada 4 orang dalam 1 kumpulan, pecahkan ke4 variables tu
kepada 4 orang rakan dalam kumpulan. Kita dah dapat jimat banyak masa dan
tenaga. Melalui satu set questioanire sahaja kita dapat hasilkan 4 penulisan
dengan setiap seorang menjadi pembentang maka peratus bagi setiap pembentang
adalah tinggi (100%). Selepas siap bentang gabungkan ke 4 penulisan tadi
menjadi satu penyelidikan penuh. Settle semua criteria untuk naik pangkat...(sekurang-kurangnye
la).
Marilah sama-sama kita membudayakan penyelidikan secara
beretika. Tempoh 3 tahun sangat mencukupi untuk kita menghasilkan satu research
yang 'ikhlas'. Janganlah hingga tiba nak mohon naik pangkat baru masa tu kelam
kabut....mulalah........hehe..paham2 yea.