Thursday, 16 October 2014

Ayuh Sucikan Hati

KEBERSIHAN batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Tuesday, 14 October 2014

Bagaimana Untuk Berdepan Dengan Bos Panas Baran



Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.

Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet.

Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.

Monday, 13 October 2014

ALLAH ITU DEKAT

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)


Assalamualaikum…


Salam silaturahim kepada sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian ,

Pertamanya marilah kita bersyukur pada Allah s.w.t pada waktu dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.Terlebih dahulu saya ingin berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian marilah kita menimbang diri dan amal kita serta tindak tanduk yang kita lakukan kerana manusia yang CEMERLANG mampu menghitumg dirinya tanpa perlu di paksa apatah lagi menunggu saat perhitungan di hadapan Allah s.w.t.Sebab itu manusia yang CEMERLANG akan sentiasa menghitung dirinya kerana perhitungan bagi orang cemerlang bukan sekadar mendapt kebahgian di dunia bahkan 
MELIHAT POTENSI untuk akhirat.

Sunday, 12 October 2014

KATA KATA PENGUAT HATI

Mutiara Kata

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

NEVER GIVE UP : QURAN ADA JAWAPANNYA


Ada masanya hati kita dibelenggu. Diri seolah terpaku tidak dapat melakukan sesuatu. Mengenang kesusahan. Mengenang kepayahan. Mengenang masalah. Namun bagi setiap masalah ada pintu-pintu penyelesaiannya. Pintu yang terbaik ialah kembali kepada Quran dan Sunnah Raulullah SWT.

Thursday, 9 October 2014

Jalan Memperolehi Rezeki

Ramai antara kita sering mengeluh dan murung kerana seringkali usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil, seringkali gagal. Rezeki yang dikejar selalu menghampakan. Justeru, saya turut ingin berkongsi kepada semua tentang bagaimana mendekatkan rezeki dengan cara yang berkesan. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambanNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya: