Thursday, 28 July 2011

Majlis Tautan Ukhwah

Malam tadi  waktu bekerja saya berlanjutan sampai jam 1.30 pagi. Bermula jam 9.00 malam Majlis Tautan Ukhwah bersama seramai 230 orang pelajar POLIMAS yang menginap di luar kampus berlangsung di Dewan Mahsuri 1, Taman Siswa, UUM, Jitra. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya hadir dan kehadiran adalah 99.9%, di mana hanya seorang sahaja pelajar yang tidak hadir, itupun setelah mendapat kebenaran keluar daripada saya di atas sebab-sebab tertentu. Saya menganggap ini satu kejayaan mengumpulkan pelajar untuk bersama didalam satu majlis ilmu sebegini.

Seramai 229 orang pelajar hadir.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011

Bergambar Bersama JPP 2010/2011
Saya abadikan sekeping foto bersama saf kepimpinan JPP POLIMAS bagi tahun 2010/2011 yang akan menamatkan perkhidmatan mereka pada penghujung semester ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan yang tinggi dan kalungan terima kasih bagi pihak warga POLIMAS di atas semaian khidmat bakti yang telah diberikan oleh kalian semua. Gunakanlah ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang jalan berada dalam kepimpinan ini untuk membentuk diri, keluarga dan masyarakat dan yang paling penting ialah melihat semua itu berada di jalan Allah.

Wednesday, 27 July 2011

Cuti Balik Kampung

Esok saya sekeluarga akan pulang bercuti sehingga selasa depan. Dalam erti kata lain balik kampung untuk menjemput anakanda lelaki sulong yang sedang belajar di Maahad Tahfiz Muhammadiah, Bachok, Kelantan. http://mtsbachok.net/v3/
Dia pula akan bercuti selama seminggu. 3 hari di Kelantan dan 4 hari di Jitra, Kedah.

Nik Ahmad Khalif http://khalifrizal.blogspot.com/

Alumni JPP – Satu Legasi Kepimpinan


Assalamualaikum dan salam cinta sayang kerana Allah,

Pagi!!

Surah al-Syam: (Allah bersumpah demi 7 perkara)

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Sdr. Fahmi, Saya dan Sdr. Murshidi

Edaran Stiker Kenderaan Pelajar : Keluar dari ruang selesa

Salam penuh kebahgiaan buat tuan/puan semua dan selamat pagi!!

Benarlah jika kita mahukan hasil yang lebih, kita perlu untuk lakukan kerja dengan lebih kuat dengan cara yang berbeza. Semalam Jabatan Hal Ehwal Pelajar POLIMAS (JHEP) mengedarkan stiker kenderaan kepada pelajar. Semua kenderaan pelajar yang ingin dibawa masuk ke dalam kampus POLIMAS perlu mempunyai stiker itu sebagai tanda bahawa kenderaan tersebut telah mendapat kebenaran untuk memasuki kawasan POLIMAS. Selalunya aktiviti agihan stiker ini dilakukan di kaunter JHEP, di mana pelajar akan berbaris untuk untuk menyerahkan borang permohonan yang telah dilampirkan dengan salinan kad pengenalan, lesen memandu dan cukai jalan yang belum tamat tempoh. Lalu berlakulah kesesakan yang melampau sehingga mengganggu aktiviti lain di kaunter JHEP yang tidak sebesar mana itu. Proses edaran stiker tersebut mengambil masa selama seminggu untuk disempurnakan kepada semua pelajar. 

Tuesday, 26 July 2011

Akmal Mukmin Malik Fisol

Beliau adalah bekas pelajar saya. Bermula dengan sijil Politeknik (Sijil Kejuruteraan Mekanikal) dan seterusnya Alhamdulillah, rezekinya dipermudahkan oleh Allah, maka pada tahun 2010, dia ditawarkan Diploma Integrasi (1 tahun) Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Kini telahpun menamatkan pengajiannya di POLIMAS ini.

Monday, 25 July 2011

Ingin Menulis

Salam hormat buat teman dan taulan semua!

Sedari kecil minat untuk menulis terus menyubur dalam diri saya. Dapat saya rasakan kepuasan yang teramat sangat sekiranya saya dapat menyiapkan hasil penulisan. Masih saya ingat karya pertama saya sewaktu kecil dulu - seawal sekolah rendah : sebuah cerpen berjudul "lastik". Sebenarnya cerpen tersebut saya adpatasikan dari sebuah cerpen yang saya baca dalam majalah Dewan Pelajar ketika itu. Hasil "meniru" karya orang lain itu membuatkan saya amat meminati bidang penulisan. Kemudian saya mula menjadi pembaca sajak dan cerpen yang tegar. Tak boleh terlepas peluang untuk mengunyah setiap cerpen yang diterbitkan sama oleh akhbar mingguan mahupun majalah-majalah, begitupun juga antologi yang terdapat di perpustakaan sekolah.