Salam Nuzul Quran!
Berapa kali dah khatam baca Quran bulan puasa ni? Alhamdulillah, terbaik lah, kalau dah selesai baca dan amat cemerlang sekiranya berjaya menyudahkan lebih dari sekali. 2 Muka surat setiap fardhu boleh selesaikan 30 juzuk Quran bukan? Nak seribu daya - kalau tak tercapai , kita sebenarnya mampu mereka seribu satu alasan!
Aura Ramadhan ini memang hebat! Mana tidaknya, jika dibual-bulan yang lain tidak ramai yang bersemangat membaca al-Quran ini, tetapi di bulan ini, banyak surau di penuhi dengan aktiviti tadarus. Tetapi kita harus ingat satu perkara - membaca al-Quran itu sunat, memahami isinya juga sunat, tetapi mengamalkannya adalah wajid. Jadi jom kita faham Quran dan terus amalkannya!!
Hari ini JPP masak bubur lambok. 4 Periuk semuanya. Siap dibungkus - menjadikan jumlahnya 1200 bungkus. Jam 4 Petang JPP mula edarkan kepada pelajar di pintu utama. Petang ini kami akan berbuka puasa di lokasi kacau bubur lambok pagi tadi - surau Taman Mahsuri - Fasa 2A.
Diyana - 8 tahun |
Alhamdulillah, petang yang indah - sebelum berbuka kami bertahlil dan berbuka bersama-sama di surau Taman Mahsuri Fasa 2A. Terima kasih jawatankuasa surau dan JPP.
No comments:
Post a Comment