Betul
ke, kalau nak berjaya dengan cemerlang kena tahu cara belajar?
Oh ya, kalau
nak pandai naik basikal kena tahu cara nak seimbangkan badan dan mengayuh
pedalnya dengan betul, barulah basikal itu boleh bergerak! Ah, tetiba saja
teringat pengalaman pertama belajar menunggang basikal. Susah sangat. Sampai dua tiga kali terjatuh.
Maklumlah tak ada orang yang nak bagi tunjuk ajar pada masa itu.
Terima kasih
ya ayah, tolong ajarkan bagaimana nak menunggang basikal, sehingga sekarang
saya bukan sahaja mampu menunggang basikal, malah motorsikal dan kereta juga.
Jika diberi peluang, memandu kapal terbangpun sanggup saya pelajari. Saya
yakin, saya boleh, sebab basikal yang roda dua pun saya boleh kuasai bila
tahu caranya.
Bila
ada asas bagaimana nak menguasai sesuatu proses belajar, ia dapat membantu saya supaya seronok belajar. Belajar
apapun samalah. Dalam dunia ni, bila dah tahu cara belajar, belajar apapun
senang. Belajar apapun seronok. Bila dah banyak belajar kejayaan akan hadir dengan
sopannya dihadapan kita. Siapa yang tidak mahu kejayaan bukan?
Jadi
tunggu apa lagi, marilah kita belajar cara untuk belajar. Kita mulakan dengan analisa diri. Siapa kita? Bila
dah selongkar diri, barulah kita tahu bahagian mana yang kita lebih dan bahagian
mana yang kita kurang.
Hidup kita
sekali sahaja di dunia ini. Peluang belajar dalam masa dan usia sekarang inipun
sekali. Rugi tak guna masa dengan terbaik. Mari kita gunakan masa yang tinggal
untuk keputusan yang cemerlang. Hargailah usia.
Kita tahu
ke mana arah, apa tujuan dan bagaimana kita hendak ke sana. Semua itu harus kita fikirkan dengan
sungguh-sungguh.
Fikirkan
dengan berulang kali. Bukan sekali fikir!
Hidup ini bukankah penuh dengan misteri? Bukankah seronok jika dapat kita selidiki misteri itu? Kadang-kadang rahsia kejayaan orang boleh dijadikan
panduan. Tidak salah meniru orang yang berjaya. Kaji bagaimana dia berjaya. Jika sudah tahu jalan kejayaannya, kenapa kita tidak memilih jalan yang sama untuk berjaya? Kalau nak lebih berjaya buat lebih dari apa yang dia
buat.
Ilmu ada di
mana-mana. Jadikan buku sebagai rakan terakrab kita. Jadi baca, baca, dan
baca. Baca lagi. Nak baca kena cari dan bijak memilih. Baca bahan yang terbaik. Lepas baca
tulis. Tulislah dengan tulisan yang cantik, barulah menarik , tertarik hati
dan rasa seronok untuk terus baca dan menulis lagi.
Baca, ingat,
simpan, bawa keluar semula bila ia perlu untuk digunakan. Bila? Bila orang nak
dengar kita kata apa. Bila kita nak cakap apa yang kita baca. Kita tolong orang
lain dengan cara kita. Berkongsi apa yang kita baca.
Peperiksaan
bukan masalah lagi kalau kita sudah kenal diri, hargai usia, tahu ke mana tujuan
kita, gemar berfikir, gemar membaca, gemar menulis.
Kita lebih
tahu diri kita. Tapi kita perlu ambil tahu juga pandangan sisi orang lain
terhadap kita. Barulah lengkap kitaran proses belajar kita.
Izinkanlah
saya ulang lagi kalimah keramat ini kerana didalamnya kita akan bertemu
keghairahan yang melimpah ruah.
Bila dah selongkar diri
Hargailah usia
Bagaimana kita hendak ke sana
Bukan sekali fikir!
Penuh misteri
Ilmu ada di mana-mana
Lepas baca tulis
Berkongsi apa yang kita baca
Peperiksaan bukan masalah lagi
Pandangan sisi.
No comments:
Post a Comment