“Sebulan yang lalu
saya sendiri berjumpa dengan pengurusan syarikat itu. Memang dah confirm. Mereka pilih pembekal lain!” Tambah
beliau lagi dengan nada penuh keterujaan.
Saya mengiakan
semua kata-katanya. Memang sengaja saya biarkan dia terus bercakap untuk
mendengar sendiri luahan hatinya.
“Ianya berlaku
sebaik sahaja saya menetapkan dalam hati saya, bahawa saya sedekahkan semua
pesanan encik tu. Dan…dan… Allah bagi rezeki yang berlipat kali ganda kepada
saya!” Getusnya lagi. Nada kegirangan masih lagi mengiringi patah-patah ayat
yang diluahkannya.
Amir menderma
RM400.00 dengan menanggung kos percetakkan kad untuk program majlis makan malam
amal Rumah Anak-anak Yatim Nilbanat (RAYAN), Machang, Kelantan. Ikhlas katanya.
Saya mewakili
rumah anak-anak yatim terebut menerima dengan terbuka pemberian itu dan
memanjatkan doa agar beliau dilimpahi rahmat Allah hendaknya.
Lantas, Allah
membalasnya dengan nilaian yang berganda-ganda. Alhamdulillah. Amir baru sahaja
menerima tawaran bagi menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada syarikat Haji
Ismail Group (HIG) yang terkenal di pulau lagenda, Pulau Langkawi dengan
nialain RM40,000.00. Saya tumpang gembira. Itulah rezeki dia.
“Bersyukurlah! Itu ketentuan Allah!!” Ujar
saya spontan bagi meraikan kegembiraan sahabat saya itu.
“Bukan awak sahaja
Amir. Saya sendiri masih dalam mood
sangat-sangat bersyukur. Ini semua anugerah Allah. Saya juga dapat bahagiannya.
Baru sekejap tadi saya muktamadkan perbincangan dengan bahagian latihan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Mereka menawarkan kepada saya untuk mengendalikan Kursus
Peningkatan Jati Diri kakitangan mereka bernilai RM10,000.00. Tak terjangka
saya Amir. Semua ini ketetapan Allah. Syukur sangat-sangat” Tambah saya dengan rendah hati.
Allahuakbar. Usaha
saya tidaklah besar manapun. Saya cuma menawarkan khidmat bakti bagi
bersama-sama menguruskan majlis makan malam amal RAYAN. Itu sahaja. Saya
membuat pesanan kad jemputan kepada syarikat percetakkan yang diusahakan Amir. Juga menawarkan kepada individu yang
berminat untuk menderma dengan cara membayar sebuah kerusi bagi majis makan
malam tersebut. Itu sahaja. Sekarang Allah mudahkan juga urusan saya. Walaupun saya
tidak pernah termimpi untuk mendapatkannya.
Kami berdua
sebenarnya amat teruja dengan apa yang berlaku. Ia bukan magis.Ia juga bukan
suatu kebetulan. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Ada ibrahnya. Kami
sepenuhnya percaya kepada janji Allah. Memuliakan anak-anak yatim. Memenuhi
keperluan mereka.
Lantas, Allah
mempermudahkan urusan kami semudah-mudahnya.
Alhamdulillah. Apa yang kami
lakukan ini bukanlah sesuatu yang hebat. Jauh sekali sesuatu yang besar
sifatnya. Namun Allah tahu hati-hati kita. Allah juga tahu keperluan kita.
Saya sendiri
amat terkesan dengan Kalam Allah melaui
surah al Baqarah, ayat 220, yang bermaksud ;
“Mereka bertanya kepadamu
mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik”
Sementelah pula
Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda mafhumnya:
“Barang siapa yang membelai
kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada
setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim
perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini,
Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari
tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad).
Allah, Allah,
Allah. Jelas dan nyata sekali. Yakinlah wahai hati, dengan berbuat baik kepada
anak yatim ganjaran kebaikannya bukan sedikit. Bukan sahaja dapat dinikmati
terus di dunia ini. Malah lebih dari itu di akhirat kelak.
Semoga kisah usaha
kecil Amir dan saya yang membantu anak-anak yatim ini memberi satu cetusan baru
bagi kita semua untuk terus menerus membantu anak-anak yatim. Mereka hanya
yatim di dunia. Walaupun begitu, mereka membawa kebaikkan yang banyak kepada
kita semua. Ayuh kita rebut peluang ini. Kita teruskan usaha kita membantu
anak-anak ini.
Allah SWT berfirman dalam
al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki
bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi
(sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah
akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah
Saba ayat 39).
Wallahukalam.
No comments:
Post a Comment