Monday, 20 October 2014

Yatim di dunia, membawa seribu kebaikan untuk semua.

“Saya sangat terkejut!”  luah hati Amir.

“Sebulan yang lalu saya sendiri berjumpa dengan pengurusan syarikat itu. Memang dah confirm. Mereka pilih pembekal lain!” Tambah beliau lagi dengan nada penuh keterujaan.

“Saya yakin. Amat yakin. Ini semua terjadi ada sebabnya.” Dia termenung sekejap.

Sunday, 19 October 2014

Biarkan ertinya berbeza : Memang ia begitu.


Mari kita kutip makna
dari perjalanan panjang silaturrahim.
Kita gengam, kusut kenangan
biar ia terus tersimpul mati
untuk kita abadikan sebagai khazanah zaman
di album kehidupan.
Kuntuman senyum, gelak tawa ria, derai airmata, dan jeritan sukma
sayup di hujung bening mata
Kita didekatkan untuk saling berteguran
walau dalam kepompong yang berbeza.
Bayt al-Huda
17 Oktober, 2014.

HARGA DIRI


Kisah ini bermula di dalam sebuah seminar di kampus, seorang perempuan muda telah dijemput untuk suatu perkongsian melalui tulisan. Namanya ialah Huang Mei Lian, kelahiran Taiwan. Waktu kecil dia terkena lumpuh otak yang dikatakan berpunca dari kelahiran yang pra matang, kekurangan oksigen dan pendarahan di otak, yang telah merampas keseimbangannya dalam bergerak, serta merampas kemampuannya untuk berbicara.

Namun, ia tidak ditewaskan oleh kekurangan dan segala kesusahan yang dialaminya. Bahkan, dia sangat berani menempuh hidupnya yang penuh ketidakmungkinan itu. Dengan semangat dan perjuangan yang tidak kenal erti putus asa, Huang Mei Lian berjaya menamatkan pengajian dalam bidang seni hingga keperingkat PhD dan digelar "Doktor bidang seni" dari sebuah universiti di California, AmerikanSyarikat.

Thursday, 16 October 2014

Ayuh Sucikan Hati

KEBERSIHAN batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Tuesday, 14 October 2014

Bagaimana Untuk Berdepan Dengan Bos Panas Baran



Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.

Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet.

Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.

Monday, 13 October 2014

ALLAH ITU DEKAT

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)


Assalamualaikum…


Salam silaturahim kepada sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian ,

Pertamanya marilah kita bersyukur pada Allah s.w.t pada waktu dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.Terlebih dahulu saya ingin berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian marilah kita menimbang diri dan amal kita serta tindak tanduk yang kita lakukan kerana manusia yang CEMERLANG mampu menghitumg dirinya tanpa perlu di paksa apatah lagi menunggu saat perhitungan di hadapan Allah s.w.t.Sebab itu manusia yang CEMERLANG akan sentiasa menghitung dirinya kerana perhitungan bagi orang cemerlang bukan sekadar mendapt kebahgian di dunia bahkan 
MELIHAT POTENSI untuk akhirat.