"Allahumma Solli 'ala Sayidina Muhammad Wa'ala alihi wa as-habihi ajma'in" - "Ya Allah, Kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekelian sahabat-sahabat beliau"
Tengahari itu, saya menyambung tugas tetap dan tidak berpencen saya, iaitu mengambil anak di rumah untuk dihantar ke sekolah. Inilah kerja rutin seharian yang perlu saya laksanakan. Inilah juga sumbangan kecil yang boleh saya lakukan tanpa jemu sebagai proses pelaburan mendidik anak. Saya tidak pernah kesal, jauh lagi merungut melakukan kerja-kerja ini. Biarlah semua yang saya lakukan ini menjadi satu memori dalam kamus hidup anak-anak saya. Biarlah suatu hari nanti ia akan mula berfikir apa yang saya lakukan ini semata-mata untuk masa depan mereka.
Bukan tidak boleh saya meminta mereka menaiki bas ke sekolah seperti anak kawan-kawan yang lain. Boleh. Cuma saya perlukan masa yang lebih untuk mereka. Dalam perjalanan menuju ke sekolah saya boleh berbual, gelak dan mungkin makan tengahari bersama mereka. Biarlah masa itu menjadi masa yang terlalu berkualiti dalam hidup mereka.
Seronok menjadi bapa yang obses kepada anak-anak. Obses melihat perkembangan mereka dan obses untuk membantu mereka. Kerana saya sedar itulah tanggungjawab saya sebagai bapa. Yang perlu saya tanggung di dunia ini dan saya jawab di akhirat nanti. Termasuklah menanggung dosa dan pahala mereka selama mana mereka dalam tanggungan kita. Ada ketikanya pula menanggung rugi terhadap perbuatan mereka yang pelbagai ragam. Juga menanggung semua keperluan asas mereka yang lain - makan, pakai, seadanya. Kerana saya penuh sedar bahawa perbelanjaan bagi mendidik anak di awal usianya jauh lebih bermakna daripada perbelanjaan mereka apabila dewasa kelak.

Kadang-kadang takut juga saya bila menceritakan semua ini. Anak-anak juga boleh melalaikan kita. Mereka walaupun kurniaan Allah yang cukup beharga, seperti kata Imam Al Ghazali Rahimathullah " Anak-anak adalah permata" , tetapi ia juga adalah dikuatiri juga menjadi fitnah sebagaimana firman Allah :
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
[Ali-Imran, 3:14]
Apatah lagi bila mengenangkan pesanan Rasulullah yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim - " Setiap anak itu dilahirkan suci dan bersih, maka kedua ibubapanyalah yang mencorakkan mereka samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi."
Ya Allah, besarnya tanggungjawab ini. Benarlah sabda Rasulullah, proses pembentukan jiwa anak terletak dan bermula sedari awal usia mereka dan semua ini terletak di tangan kedua ibu dan bapa.Wahai anak, jika kamu tidak membantu ayah dengan menjadi anak yang terbaik, nantinya ayah yang akan menanggung siksanya di akhirat. Kau tolonglah Ayah dengan mematuhi kehendak agama. Itu sahaja pinta ayah. Tiada yang lain. Bukan juga untuk di balas pada suatu hari nanti. Semua ini demi Allah anak-anakku.
Anak, yang terasa diri mereka dihargai oleh ibubapa pasti akan menghargai kedua orang tuanya, mendengar cakap orang tuanya dan yang lebih penting menjaga kedua ibu bapanya agar tidak tergolong dikalangan ibubapa yang lalai.
Untuk kalian, tiada hadiah yang lebih beharga selain erti sebuah pendidikan yang sempurna yang disuburkan dengan kasih sayang dan bersandarkan pada ajaran agama.
Sebagai seorang bapa, peluang kami untuk mendidik kalian cuma sekali ini sahaja. Tiada ulangannya lagi. Jika sekali ini kami sesiakan peluang ini, maka kami sebagai bapa pasti akan menyesal suatu hari nanti. Benar anakku, cuma ketika waktu dirimu bersama dengan ayah dan ibumu, ketika inilah waktunya kami mendidik kamu. Bila sudah dewasa kelak, seorang demi seorang akan meninggalkan kami. Meninggalkan untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ataupun lebih awal dari itu terus ke sekolah berasrama. Kemudian kamu tidak akan lagi tinggal lama-lama dengan kami. Kamu akan terus membina masa depan dengan cara kamu. Kamu akan terus bergerak memilih kerjaya kamu yang tidak mungkin lagi sebagai ayah dapat peluang memdidik kamu seperti masa kecil mu dulu.

No comments:
Post a Comment