Wednesday 28 November 2018

Ini sangat Luar biasa!!


Ia setebal 636 Pages! 

Alhamdulillah, sebagai seorang ayah, rasa bangga sangat melihat hasil usaha anak yang mampu menulis sebuah ebook setebal itu. 

Saya hanya mampu berdoa dan memberikan galakkan agar ebook tersebut dapat dimanfaatkan oleh seramai yang mungkin khalayak yang meminati bidang bahasa arab dialek Mesir.

Ya, ia adalah 4 set ebook Kit Dialek Mesir yang diusahakan oleh Khalif Rizal. Anak yang merupakan penuntut tahun 3 di universiti Al Azhar ini begitu meminati dialek mesir dan fasih bertutur dialek mesir. Justeru, ilmu dan pengalaman beliau diangkat ke dalam bentuk penulisan ebook agar ramai lagi warga nusantara dapat menguasai dilek mesir ini.  

Kepada sahabat-sahabat yang meminati bahasa arab dialek mesir bolehlah mendapatkan ebook ini yang bakal dilancarkan pada 1 Disember 2018 nanti.

Preview ebook tersebut bolehlah dicapai melalui facebook beliau di Preview Kit Dialek Mesir