Tuesday 21 October 2014

POLEMIK ANJING : SATU PERBINCANGAN FIQH

POLEMIK ANJING : SATU PERBINCANGAN FIQH

oleh : Wan Ji bin Wan Hussin

Isu berkenaan menyentuh anjing, pernah didebatkan pada tahun 1940 bertempat di kelantan. khabarnya, ia melibatkan tokoh ulama terkemuka tanah melayu ketika itu, seperti Haji Wan Musa yang merupakan mufti Kelantan ketika itu, Qadhi besar Singapura yang dihadiri Raja Kelantan ketika itu, Sultan Ibrahim.  Selepas perbincangan tersebut, mereka bergambar dengan disertakan seekor anjing bersama.


Perbincangan tentang anjing, dianggap agak sensitive di kalangan umat islam di Malaysia, walhal jika dibaca dalam al-Quran, factor anjing pernah diceritakan dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah, diceritakan tentang anjing dalam kerangka kisah Ashab al-Kahfi.

Monday 20 October 2014

Yatim di dunia, membawa seribu kebaikan untuk semua.

“Saya sangat terkejut!”  luah hati Amir.

“Sebulan yang lalu saya sendiri berjumpa dengan pengurusan syarikat itu. Memang dah confirm. Mereka pilih pembekal lain!” Tambah beliau lagi dengan nada penuh keterujaan.

“Saya yakin. Amat yakin. Ini semua terjadi ada sebabnya.” Dia termenung sekejap.

Sunday 19 October 2014

Biarkan ertinya berbeza : Memang ia begitu.


Mari kita kutip makna
dari perjalanan panjang silaturrahim.
Kita gengam, kusut kenangan
biar ia terus tersimpul mati
untuk kita abadikan sebagai khazanah zaman
di album kehidupan.
Kuntuman senyum, gelak tawa ria, derai airmata, dan jeritan sukma
sayup di hujung bening mata
Kita didekatkan untuk saling berteguran
walau dalam kepompong yang berbeza.
Bayt al-Huda
17 Oktober, 2014.

HARGA DIRI


Kisah ini bermula di dalam sebuah seminar di kampus, seorang perempuan muda telah dijemput untuk suatu perkongsian melalui tulisan. Namanya ialah Huang Mei Lian, kelahiran Taiwan. Waktu kecil dia terkena lumpuh otak yang dikatakan berpunca dari kelahiran yang pra matang, kekurangan oksigen dan pendarahan di otak, yang telah merampas keseimbangannya dalam bergerak, serta merampas kemampuannya untuk berbicara.

Namun, ia tidak ditewaskan oleh kekurangan dan segala kesusahan yang dialaminya. Bahkan, dia sangat berani menempuh hidupnya yang penuh ketidakmungkinan itu. Dengan semangat dan perjuangan yang tidak kenal erti putus asa, Huang Mei Lian berjaya menamatkan pengajian dalam bidang seni hingga keperingkat PhD dan digelar "Doktor bidang seni" dari sebuah universiti di California, AmerikanSyarikat.

Thursday 16 October 2014

Ayuh Sucikan Hati

KEBERSIHAN batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Tuesday 14 October 2014

Bagaimana Untuk Berdepan Dengan Bos Panas Baran



Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.

Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet.

Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.

Monday 13 October 2014

ALLAH ITU DEKAT

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)


Assalamualaikum…


Salam silaturahim kepada sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian ,

Pertamanya marilah kita bersyukur pada Allah s.w.t pada waktu dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.Terlebih dahulu saya ingin berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian marilah kita menimbang diri dan amal kita serta tindak tanduk yang kita lakukan kerana manusia yang CEMERLANG mampu menghitumg dirinya tanpa perlu di paksa apatah lagi menunggu saat perhitungan di hadapan Allah s.w.t.Sebab itu manusia yang CEMERLANG akan sentiasa menghitung dirinya kerana perhitungan bagi orang cemerlang bukan sekadar mendapt kebahgian di dunia bahkan 
MELIHAT POTENSI untuk akhirat.

Sunday 12 October 2014

KATA KATA PENGUAT HATI

Mutiara Kata

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

NEVER GIVE UP : QURAN ADA JAWAPANNYA


Ada masanya hati kita dibelenggu. Diri seolah terpaku tidak dapat melakukan sesuatu. Mengenang kesusahan. Mengenang kepayahan. Mengenang masalah. Namun bagi setiap masalah ada pintu-pintu penyelesaiannya. Pintu yang terbaik ialah kembali kepada Quran dan Sunnah Raulullah SWT.

Thursday 9 October 2014

Jalan Memperolehi Rezeki

Ramai antara kita sering mengeluh dan murung kerana seringkali usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil, seringkali gagal. Rezeki yang dikejar selalu menghampakan. Justeru, saya turut ingin berkongsi kepada semua tentang bagaimana mendekatkan rezeki dengan cara yang berkesan. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambanNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

Thursday 2 October 2014

Penguatkuasaan PBT : Mengkomunikasikan kemanusiaan melalui SOP

Saya pernah digertak dan diancam oleh peniaga. Ketika itu saya bertugas sebagai Pembantu Undang-undang di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Kelantan sekitar tahun 1995 hingga tahun 2000.

Semua ini berlaku semata-mata kerana tindakan saya mengarahkan anggota penguatkuasa merobohkan sebuah binaan sementara yang digunakan untuk menjual buah-buahan. Binaan itu tidak mendapat kelulusan daripada PBT dan anggota penguatkuasa ini bukan sahaja diugut malah dipukul dan ahli keluarga mereka juga menjadi mangsa sindiran pihak berkenaan.Semua ini gara-gara menjalankan tugas – penguatkuasaan, akhirnya saya akui bahawa ini hanyalah salah faham. Anggota penguatkuasa gagal mengkomunikasikan apakah kewajaran tindakan mereka. Akibatnya ramai peniaga gagal mematuhi peraturan dan undang-undang kecil yang sedang dikuatkuasakan.

Isu tugas penguatkuasa yang mana perlu diutamakan – kemanusiaan ataupun “Standard Operating Prosedur” (SOP) ?