Wednesday 15 October 2014

Bagaimana Mengelakkan Kerja Anda Terus Tertangguh

 
Sebagai seorang usahawan dan ahli perniagaan yang produktif, anda tentu akan membuat senarai tugas yang perlu anda lakukan lebih awal. Samada anda rancang kerja yang perlu dilakukan untuk sehari atau seminggu lebih awal.

Untuk menjimatkan masa pula, kita akan kumpulkan beberapa tugas yang akan dilakukan di tempat yang sama pada satu masa. Walaupun kerja-kerja ini tidak berkaitan antara satu sama lain. Contohnya seperti senario di bawah.
Senario 1
Pada hari Isnin, anda akan ke The Mall untuk memperbaharui lesen perniagaan anda, jadi anda akan mengambil kesempatan ini untuk membuat namecard kerana namecard anda sudah kehabisan dan di The Mall terdapat kedai-kedai membuat namecard.
Senario 2
Esok awal bagi, anda menjangkakan akan mendapat balasan email saya kepada sebuah majalah untuk membuat pengiklanan. Apabila anda mendapat balasan itu, anda akan mula untuk mengiklan dan menjual produk.
Senario 3
Anda menunggu pinjaman perniagaan anda diluluskan, dan selepas itu saya akan mulakan perniagaan (ini adalah senario yang kerap saya dengar daripada usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan)
Perancangan seperti ini nampak seperti tepat dan akan memberi peluang kepada anda untuk :
  • Menjimatkan masa
  • Meningkatkan kualiti keputusan yang dilakukan
Kaedah seperti ini nampak betul secara teori, tetapi apabila anda mengaitkan beberapa tugas satu sesama lain, anda sebenarnya menghadapi risiko di mana jika tugas yang pertama itu tidak menjadi, anda tidak akan meneruskan dengan tugas yang kedua.
Cuba kita lihat apa yang bakal terjadi dalam ketiga-tiga senario di atas
Senario 1
Anda mendapat tahu, bahawa pejabat SSM sebenarnya sudah berpindah ke KL Sentral, jadi anda tidak dapat memperbaharuinya di The Mall, jadi anda pun tidak membuat namecard anda sehingga ke hari ini.
Senario 2
Email yang anda tunggu tidak kunjung tiba, jadi anda teruskan tidak mengiklan dan seterusnya masih belum menjual produk anda.
Senario 3
Anda masih belum mendapat keputusan samada pinjaman perniagaan anda diluluskan atau tidak. Jadi anda tidak memulakan perniagaan sehingga kini.
Dalam ketiga-tiga situasi di atas, kita dapat lihat dengan jelas, apabila tugas utama itu tidak menjadi, maka ia memberi kesan kepada tugas yang kedua. Hasilnya banyak tugasan yang sepatutnya kita lakukan itu tertangguh begitu saja. Ramai usahawan dan ahli perniagaan melakukan kesalahan ini dan ia berlarutan untuk bertahun lamanya.
Saya secara peribadi mengenali seorang yang menunggu 5 tahun lamanya untuk mendapat kelulusan projek perumahan yang ingin dimulakannya. Akhirnya sampai ke hari ini ianya masih belum menjadi dan usahawan ini sudahpun kehabisan segala simpanannnya dan mula untuk berhutang pula semata-mata kerana bergantung kepada harapan yang tidak menjadi kenyataan ‘lagi’.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini ?
Ikuti teknik seperti di bawah
1. Jangan mengaitkan 2 tugas yang tidak ada kaitan antara satu sama lain.
Jika anda perlu buat namecard, asingkan tugas ini dengan tugas memperbaharui lesen perniagaan. Teruskan buat kerja yang kedua walaupun kerja yang pertama itu tidak menjadi.
2. Jangan letak harapan tinggi kepada sesuatu yang bukan di dalam penguasan anda
Jangan harapkan anda mendapat balasan email, surat atau keputusan yang berada di tangan orang lain. Anggap jika anda dapat, ianya bonus bagi anda. Jika anda tidak dapat, anda perlu meneruskan tugasan kedua tanpa berharap kepada yang pertama.
Jika anda tidak mendapat balasan email, anda mungkin boleh bertindak menelefon mereka anda pergi terus ke pejabat media tersebut untuk tujuan pengiklanan. (Di Malaysia adalah biasa apabila alasan seperti “orang yang jaga email cuti bersalin” atau “orang yang jaga email pergi haji” dan pelbagai alasan lain seperti ini)
Jika anda ingin mengaitkan 2 atau lebih tugasan sebagai satu, pastikan anda letakkan satu ‘dead line’ atau garis masa penamat yang jelas. Jadi anda tahu bila anda sepatutnya bertindak sendiri dan bukan menunggu buat selamanya. Contohnya
3. Sediakan Alternatif
Jika saya tidak berjaya mendapat pinjaman perniagaan dalam masa 2 minggu, saya akan teruskan perniagaan dengan opsyen lain yang ada seperti memulakan kecil-kecilan dengan kos yang rendah dengan wang sendiri tanpa perlu menunggu selamanya untuk perniagaan anda diluluskan. Jika tidak diluluskan pun, anda masih terus buat apa yang anda sedang lakukan.
Dengan mengikuti kaedah di atas, anda sebenarnya dapat meningkatkan lagi produktiviti anda dan tidak ada sesuatu daripada perancangan anda yang tertangguh. Sentiasa fikir samada sesuatu itu berada di tangan anda atau di tangan orang lain. Jika di tangan orang lain, jangan letakkan harapan terlalu tinggi. Jika di tangan anda, anda bebas untuk berharap kerana anda hanya berharap kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment