November dan Disember terlalu membelenggu saya dengan kerja luar rutin harian yang menuntut komitment yang bukan sedikit.
AKEPP - Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik berlangsung dengan jayanya pada 28 November lalu - terima kasih kepada semua yang menghulurkan tenaga bantuan menyempurnakan majlis.
Program sukarelawan ke Kemboja 5 - 11 Disember - 1 Nation, 1 Region - Water For Life - baru sahaja berakhir - misi kami ditunaikan Allah.
Saya sedang menunggu gambar-gambar program untuk diabadikan dalam Sepanjang Jalan ini.
November - lebih menerujakan
anakanda sulong berjaya khatam dalam program Tahfiz Quran di sekolahnya - rasa syukur yang amat ke hadrat Illahi.
 |
Anak-anak Melayu Champ di Kemboja |
 |
Fasilitator bersama penterjemah bahasa Ust. Arifin sedang mengendalikan
kempen kesihatan kepada pelajar sekolah di Kemboja |
 |
Cuba lihat kelas mereka ini |
 |
Namun mereka ceria selalu |
 |
Walau sedaif mana pun |
 |
Namun ini lah kenangan bersama kami |
 |
Walau setitis ilmu yang dapat dikongsikan |
 |
Demi membangunkan ummah dan silaturahim |
 |
Saya cuma berbasikal di jalan utama kampung yang tidak berturap |
 |
Merakam ingatan dalam HP! |
 |
Rumah kediaman warga kg Croi Menteri |
 |
Ini pemandangan pinggir bandar Pnom Phen |
 |
Kalau Kg saya, panggil benda ini etak... hasil sungai Mekong yang menjadi pendapatan |
 |
Bersama para Medic staff |
 |
Saya dan anak-anak melayu Champ |