November dan Disember terlalu membelenggu saya dengan kerja luar rutin harian yang menuntut komitment yang bukan sedikit.
AKEPP - Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik berlangsung dengan jayanya pada 28 November lalu - terima kasih kepada semua yang menghulurkan  tenaga bantuan menyempurnakan majlis.
Program sukarelawan ke Kemboja 5 - 11 Disember - 1 Nation, 1 Region - Water For Life - baru sahaja berakhir - misi kami ditunaikan Allah.
Saya sedang menunggu gambar-gambar program untuk diabadikan dalam Sepanjang Jalan ini.
November - lebih menerujakan 
anakanda sulong berjaya khatam dalam program Tahfiz Quran di sekolahnya - rasa syukur yang amat ke hadrat Illahi.
  | 
| Anak-anak Melayu Champ di Kemboja | 
  | 
Fasilitator bersama penterjemah bahasa Ust. Arifin sedang mengendalikan  
kempen kesihatan kepada pelajar sekolah di Kemboja | 
  | 
| Cuba lihat kelas mereka ini | 
  | 
| Namun mereka ceria selalu | 
  | 
| Walau sedaif mana pun  | 
  | 
| Namun ini lah kenangan bersama kami | 
  | 
| Walau setitis ilmu yang dapat dikongsikan | 
  | 
| Demi membangunkan ummah dan silaturahim | 
  | 
| Saya cuma berbasikal di jalan utama kampung yang tidak berturap | 
  | 
| Merakam ingatan dalam HP! | 
  | 
| Rumah kediaman warga kg Croi Menteri | 
  | 
| Ini pemandangan pinggir bandar Pnom Phen | 
  | 
| Kalau Kg saya, panggil benda ini etak... hasil sungai Mekong yang menjadi pendapatan  | 
  | 
| Bersama para Medic staff  | 
  | 
| Saya dan anak-anak melayu Champ | 
 
No comments:
Post a Comment