Sunday 1 January 2012

Yang Benar - memohon keredhaan Allah terhadap segala yang kita usahakan.

Allahhuakbar. Alhamdulillah.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, di atas limpah anugerahnya yang tidak putus-putus membantu segala sesuatu urusan umatNya di muka bumi ini.

Sepanjang jalan Disember 2011, menyaksikan Minggu Suai Kenal telah di ubah formatnya dengan memperbanyakkan aktiviti dalam kumpulan kecil berbanding dengan slot ceramah yang membosankan pelajar baru yang sebenarnya baru sahaja mula berkenalan dengan sistem politeknik.Kini ia dikenali dengan Minggu Jalinan Mesra. Semuanya selesai dengan cemerlang bermula 19 Disember hingga 22 Dismber 2011.  Semoga tema yang diketengahkan "Transformasi Politeknik Pemangkin Kecemerlangan Pelajar" berjaya diadaptasikan dalam kekidupan pelajar. Kepada pelajar baru selamat datang ke "Dunia Baru" anda. Teruskan usaha menburu kecermerlangan diri - akademik dan sahsiah anda di sini. 

Keputusan PMR anakanda saya juga membuatkan rasa syukur kepada Nya terus-menerus berpanjangan. Alhamdulillah, berkat usaha dirinya -walaupun hanya mula belajar dipertengahan tahun tingkatan 3 - kerana masalah-masalah tertentu, dia mampu memperolehi keputusan yang sangat cemerlang - 9A. Tahniah along!.

29 Disember juga tarikh istimewa dalam hidup kami sekeluarga. Hari itu, adalah hari graduasi tahfiz Along. Alhamdulillah walau dalam serba kekurangan dan penuh ranjau dan jalan yang berliku berliku, diberjaya menghabiskan 30 juzuk dalam masa 3 tahun pengajian di Maahad Tahfiz Sains Muhammadiah. Terima kasih kepada semua warga kerja MTSM yang berusaha penuh dedikasi untuk memastikan anak-anak didik mereka berjaya dalam perjuangan menuntut ilmu dunia dan akhirat. Kepada along  "jaga al-Quran baik-baik - jadilah Hufazz yang mengenal makna dan kita bersama-sama beramal dengannya." 

2012 - nombor yang diatur terus berubah - seiring dengan perubahan yang sedang berlaku:  pada diri kita - fizikel dan psikologikal, pada negeri, pada negara dan pada dunia ini. Semoga segala perubahan yang ada menunjukan perkara yang benar itu benar dan yang bathil itu bathil - memohon keredhaan Allah terhadap segala yang kita usahakan. 

No comments:

Post a Comment