Thursday 12 January 2012

Topang Kasih

Sekitar suku pertama tahun 2011, aTmas @ Angkatan Teater Polimas begitu aktif bekarya dan menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan. Produksi "Topang Kasih" adalah salah satu karya teman seperjuangan saya iaitu cikgu Joe K.A.S. Kami menyertai Festival Kebudayaan IPT Kebangsaan yang berlangsung di UKM, Bangi, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha, latihan dan kerjasama semua pihak, krew "Topang Kasih" berjaya mendapat tempat ke tiga dan anugerah skrip terbaik pada festival itu.  "Topang"  yang kami gunakan untuk produksi ini,  memberi kekuatan sebenar kepada pasukan kami. Topang itu betul-betul menyokong dan membawa kami mara ke hadapan.

Hingga ke hari kelmarin, topang itu berada di dalam bilik saya. Mungkin menunggu untuk digunakan bagi produksi yang berikutnya - kalau ada. Namun para pengemudi aTmas sudah tidak mahu melahirkan produksi "Topang Kasih" lagi. Tak apalah. Biar saya simpan sahaja topang ini buat kenangan. 

Semalam segalanya berubah. Seorang pelajar lelaki, semester satu, datang kepada saya dengan keadaan fizikel yang sungguh mengharukan.Pelajar Kurang Upaya (PKU) ini menceritakan keadaan dirinya yang serba kekurangan, dan tidak mampu untuk membeli topang bagi memudahkan pergerakkannya untuk ke kuliah. Ini gerakkan Allah swt. Teringat saya pada "Topang Kasih"  di tepi almari besi di sudut bilik saya. Segera pula saya mengambilnya dan berikan padanya. Gunalah. Semoga topang ini memberi kebaikan bada kamu. 










No comments:

Post a Comment