Wednesday 11 January 2012

Jemputan Umrah + PR JPP + BB1M

Salam ukhwah.

Alhamdulillah, akhirnya saya, isteri dan along menerima jemputan umrah yang insyaAllah akan berlangsung mulai 28 Mei 2012. Mohon Allah memberi petunjuk yang terbaik agar kami sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah itu. Ini saat yang menerujakan saya. Saya akan segera memulakan kembara mencari ilmu sebagai panduan menunaikan ibadah umrah. Allah temukan saya dengan page ini





Esok 12 Jan. 2012 akan berlangsung Hari Penamaan Calon bagi PR JPP Polimas - Pilihanraya bagi memilih Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Sebanyak 7 kerusi Umum - Majlis Tertinggi dan 15 Kerusi Biro dipertandingkan. Pilihanraya akan berlangsung pada 19 Jan 2012. Sebagai Pegawai Pengurus PR - sudah lebih dua minggu saya dan team yang dinamakan sebagai Suruhanjaya Pilihanraya Kampus - sibuk meneliti segenap aspek dan mempromosikan pilihanraya ini - agar ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya ini dan agar ramai pula khalayak siswa/siswi keluar mengundi. Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada ahli SPK yang tidak kenal erti penat lelah menjalankan amanah yang dipikul demi menjayakan aktiviti ini. Selamat bertanding & Selamat mengundi.



Menguruskan Hal Ehwal Pelajar itulah rutinnya - sibuk bermain dengan hal-hal pelajar! Terbaru BB1M - Baucar Buku 1 Malaysia. Sekali lagi saya diminta untuk mengendalikan majlis itu. Pelancaran akan berlangsung pada 16 Januari 2012. Semua pelajar akan menerima baucar untuk membeli buku sebanyak RM200.00 setiap seorang. Anak-anak pelajar - gunakanlah peruntukan itu dengan bijaksana. 

No comments:

Post a Comment