Thursday 6 September 2012

Betul ke??


            Betul ke, kalau nak berjaya dengan cemerlang kena tahu cara belajar?

Oh ya, kalau nak pandai naik basikal kena tahu cara nak seimbangkan badan dan mengayuh pedalnya dengan betul, barulah basikal itu boleh bergerak! Ah, tetiba saja teringat pengalaman pertama belajar menunggang basikal.  Susah sangat. Sampai dua tiga kali terjatuh. Maklumlah tak ada orang yang nak bagi tunjuk ajar pada masa itu.

Terima kasih ya ayah, tolong ajarkan bagaimana nak menunggang basikal, sehingga sekarang saya bukan sahaja mampu menunggang basikal, malah motorsikal dan kereta juga. Jika diberi peluang, memandu kapal terbangpun sanggup saya pelajari. Saya yakin, saya boleh, sebab basikal yang roda dua pun saya  boleh kuasai bila tahu caranya.

            Bila ada asas bagaimana nak menguasai sesuatu proses belajar, ia dapat  membantu saya supaya seronok belajar. Belajar apapun samalah. Dalam dunia ni, bila dah tahu cara belajar, belajar apapun senang. Belajar apapun seronok. Bila dah banyak belajar kejayaan akan hadir dengan sopannya dihadapan kita. Siapa yang tidak mahu kejayaan bukan? 

            Jadi tunggu apa lagi, marilah kita belajar cara untuk belajar.  Kita mulakan dengan analisa diri. Siapa kita? Bila dah selongkar diri, barulah kita tahu bahagian mana yang kita lebih dan bahagian mana yang kita kurang.

Hidup kita sekali sahaja di dunia ini. Peluang belajar dalam masa dan usia sekarang inipun sekali. Rugi tak guna masa dengan terbaik. Mari kita gunakan masa yang tinggal untuk keputusan yang cemerlang. Hargailah usia.

Kita tahu ke mana arah, apa tujuan dan bagaimana kita hendak ke sana.  Semua itu harus kita fikirkan dengan sungguh-sungguh. 

Fikirkan dengan berulang kali. Bukan sekali fikir!

Hidup ini bukankah penuh dengan misteri? Bukankah seronok jika dapat kita selidiki misteri itu? Kadang-kadang rahsia kejayaan orang boleh dijadikan panduan. Tidak salah meniru orang yang berjaya. Kaji  bagaimana dia berjaya. Jika sudah tahu jalan kejayaannya, kenapa kita tidak memilih jalan yang sama untuk berjaya? Kalau nak lebih berjaya buat lebih dari apa yang dia buat. 

Ilmu ada di mana-mana. Jadikan buku sebagai rakan terakrab kita. Jadi baca, baca, dan baca. Baca lagi. Nak baca kena cari dan bijak memilih. Baca bahan yang terbaik. Lepas baca tulis. Tulislah dengan tulisan yang cantik, barulah menarik , tertarik hati dan rasa seronok untuk terus baca dan menulis lagi.

Baca, ingat, simpan, bawa keluar semula bila ia perlu untuk digunakan. Bila? Bila orang nak dengar kita kata apa. Bila kita nak cakap apa yang kita baca. Kita tolong orang lain dengan cara kita. Berkongsi apa yang kita baca. 

Peperiksaan bukan masalah lagi kalau kita sudah kenal diri, hargai usia, tahu ke mana tujuan kita, gemar berfikir, gemar membaca, gemar menulis.

Kita lebih tahu diri kita. Tapi kita perlu ambil tahu juga pandangan sisi orang lain terhadap kita. Barulah lengkap kitaran proses belajar kita. 

Izinkanlah saya ulang lagi kalimah keramat ini kerana didalamnya kita akan bertemu keghairahan yang melimpah ruah.

Bila dah selongkar diri  
            Hargailah usia
Bagaimana kita hendak ke sana
Bukan sekali fikir!
            Penuh misteri
Ilmu ada di mana-mana
Lepas baca tulis
Berkongsi apa yang kita baca
Peperiksaan bukan masalah lagi
Pandangan sisi.

No comments:

Post a Comment