Monday 8 October 2012

Isu Research Di Politeknik


Saya terpanggil untuk respons pandangan peribadi terhadap isu research di politeknik. Pengalaman saya dan kumpulan menyertai penyelidikan peringkat kebangsaan MyTEDT pada 3 Nov 2010 dan baru2 nie di Nilai CiETVET pada 26 september 2012 memang sangat menarik. Buat research tidaklah susah seperti yang kita sangka...tambahan lagi selepas menghadiri bengkel oleh Dr Othman Talib di USM pada 22 september baru ni. Kawan-kawan boleh melawati web beliau di drotspss.blogspot.com untuk meningkatkan semangat buat research dan berkongsi tip-tip buat research dalam tempoh yang singkat. Beliau juga ada menjual e-book bernilai RM60 sahaja untuk dapatkan tip-tips tersebut.

Kita semua memang patut ambil kesempatan ni. Memang masa tak ada atau tak cukup tapi sesungguhnya kitalah 'pencuri masa' itu. Kitalah yang harus mencari masa itu. Sekarang ni nama bentang di peringkat kebangsaan, jika dianjur oleh poli...memanglah peluang yang tak patut dilepaskan. Kita hanya bentang sahaja, tiada siapa akan persoalkan 'kualiti' penyelidikan kita (Tapi ingat 'haruslah beretika') ia tidaklah serupa nak defend proposal master or phd. Yang ni kena betul2 kawwww

Saya akan propose kpd kawan-kawan macamana nak buat research bersama ahli kumpulan. Cari 3 atau 4 ahli yang betul2 'sekepala'. Pilih tajuk yg kawan2 suka dan 'rasa seronok' bila kita buat research. Jangan buat banyak objektif. Buat 2 objektif dah cukup. Juga pilih 3 independent variable dah cukup. Disinilah konsep kerjasama memainkan peranan. Baru2 ni kami buat tajuk Tekanan Kerja Pensyarah terhadap (1) Sikap Pelajar (2) P&P (3) Tugas sampingan (4) Persekitaran Kerja. Yang saya mentioned 4 tulah independent variables. Jika kita ada 4 orang dalam 1 kumpulan, pecahkan ke4 variables tu kepada 4 orang rakan dalam kumpulan. Kita dah dapat jimat banyak masa dan tenaga. Melalui satu set questioanire sahaja kita dapat hasilkan 4 penulisan dengan setiap seorang menjadi pembentang maka peratus bagi setiap pembentang adalah tinggi (100%). Selepas siap bentang gabungkan ke 4 penulisan tadi menjadi satu penyelidikan penuh. Settle semua criteria untuk naik pangkat...(sekurang-kurangnye la).


Marilah sama-sama kita membudayakan penyelidikan secara beretika. Tempoh 3 tahun sangat mencukupi untuk kita menghasilkan satu research yang 'ikhlas'. Janganlah hingga tiba nak mohon naik pangkat baru masa tu kelam kabut....mulalah........hehe..paham2 yea.  

No comments:

Post a Comment