Monday 13 February 2012

Belasungkawa

"Allahumma Solli 'ala Sayidina Muhammad Wa'ala alihi wa as-habihi ajma'in" 
"Ya Allah, Kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekelian sahabat-sahabat beliau"

"Al Fatihah" 


Julai 2010 yang lalu, saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat - rakan seperjuangan dalam program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  untuk program Latihan Khidmat Negara (PLKN) : Cikgu Khairuddin.


"Nik, anak saya dapat masuk Polimas." Gembiranya jelas menerobosi telefon bimbit saya.


"Tahniah tuan! jumpa nanti pada hari pendaftaran!" Pintas saya. 



Hari pendaftran bagi sesi Julai 2010 pun tiba, dia datang bersama keluarganya - bukan jauhpun di taman Satria, Alor Setar sahaja. Anak lelakinya meneruskan proses pendaftaran bagi kursus Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Para waris pula diminta untuk memenuhi Dewan Kuliah 1 bagi mendengar taklimat waris.


Saya menyampaikan taklimat berhubung dengan Polimas secara umumnya kepada para waris / penjaga pelajar baru. Memperkenalkan sistem pengajian di Politeknik dan segala apa yang perlu diketahui oleh mereka, juga merungkaikan persoalan yang mungkin bersarang di benak mereka. Sambil itu sempat juga saya mencuri pandang ke arah Cikgu Din yang duduk dibarisan paling belakang di dalam Dewan Kuliah itu. Bila mata saya bertemu matanya, dia melemparkan senyum yang ikhlas, seperti memahami dan bersetuju dengan segala apa yang saya ucapkan.


Masa berlalu dengan begitu pantas. Kesibukan kerja masing-masing menyebabkan kami jarang berhubung. Namun perkhabaran tentang teman-teman ini sering saja sampai bila berjumpa dengan teman yang lain. Kami jarang berjumpa setelah PPSB PLKN tidakl lagi dijalankan. Saya mendapat perkhabaran Cikgu Din sakit. Kanser lidah. Perkembangannya saya ikuti hinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. 


"Al Fatihah"  Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan roh-roh orang-orang yang beriman. Amin.

07.02.2011 bersamaan 14 Rabiulawal 1433. Pagi yang cerah. Mengikut jadual kerja , saya meronda kawasan letak motorsikal pelajar untuk memastikan kenderaan pelajar disusun dengan sempurna di dalam petak letak kenderaan yang diperuntukan, tidak menghalang lalulintas dan yang paling penting telah dikunci dengan baik - jika tidak motorsikal yang hampir berjumlah 3000 buah ini nanti akan ada yang hilang. Begitupun tahun 2011 sembilan buah motorsikal pelajar hilang di tempat letak kenderaan. Usaha-usaha mencegah dari kejadian yang sama berulang terus giat dilakukan. Temasuklah memasang CCTV walau ada rakan yang mengelarkannya Cincai TV. Rondaan pengawal keselamatan dengan lebih kerap, juga kerjasama dengan PDRM. Sehinggalah saya menerima panggilan telefon dari orang awam mengatakan seorang pelajar Polimas terlibat dengan kemalangan Maut.


Liputan akhbar tentang kemalangan tersebut : Klik Sini dan Sini.


Lebih memeranjatkan saya bila pelajar tersebut adalah anak arwah Cikgu Din. Bila saya memperkenalkan diri kepada isteri arwah - dia terkedu seketika. Katanya Cikgu Din selalu sebut nama saya bila berbicara tentang anaknya yang sedang belajar di Polimas. Anaknya terlibat dengan kemalangan setahun selepas pemergiannya. 


Saya catatkan lapuran kes kejadian :





Nama Pelajar                 :           MOHAMAD IZAM AZUAR BIN KHAIRUDDIN
No. Kad Pengenalan       :           920515-02-5701
No. Pendaftaran             :           03DTP10F1022
Semester                      :           4
Nama Waris (Ibu)           :           Puan Zawiyah binti Bedin
No Telefon                     :           012-5647255
Alamat                          :           No. 74, Taman Satria, Batu 4 ½, Langgar, Kedah

Keterangan Kes                                :
1.       Pada 07 Februari 2012, hari Selasa, jam lebih kurang 09.12 minit pagi pihak politeknik telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam mengatakan bahawa ada kemalangan jalanraya di KM 34.5, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, melibatkan penunggang motorsikal, yang dipercayai pelajar POLIMAS,  dengan sebuah  kenderaan pacuan empat roda, dimana penunggang motorsikal telah meninggal dunia di tempat kejadian.

2.       Dua orang pegawai POLIMAS iaitu En. Nik Ahmad Rizal bin wan Ismail dan En Saidon bin Mohamad Saim telah pergi ke tempat kejadian. Keadaan cuaca tempat kejadian elok – tidak hujan dan keadaan laulintas tidak sibuk. Terdapat sebuah kenderaan Van PROPEL WGL 3911 di bahu sebelah kiri jalan dari arah Alor Setar menghala ke arah Jitra. Terdapat sebuah motorsikal KCQ 6082, dan mayat mangsa kemalangan di lorong sebelah kiri jalan dari arah yang sama.

3.       Mengikut hasil siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kubang Pasu, mendapati  kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motorsikal KCQ 6082 seorang diri dari arah Alor Setar menghala ke arah Jitra. Apabila sampai ke tempat kejadian, mangsa telah menoleh ke arah sebelah kanan jalan untuk melihat kemalangan lain melibatkan sebuah lori yang berlaku di arah yang bertentangan. Pada masa yang sama mangsa tidak menyedari kenderaan PROPEL yang diletakkan di bahu sebelah kiri jalan dan telah melanggar bahagian belakang kenderaan Van PROPEL tersebut. Ini menyebabkan motorsikalnya telah jatuh di lorong sebelah kiri jalan dan pada masa yang sama sebuah kenderaan pacuan empat roda (Ford Ranger) dari arah yang sama telah gagal mengelak dan telah melanggar mangsa menyebabkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

4.       Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jitra dan telah di bedah siasat oleh Dr Muzameer yang kemudiannya mengesahkan sebab kematian adalah “head Injury and Polytrauma Due To Mva”.

5.      Mangsa telah dikenalpasti sebagai pelajar POLIMAS, berada dalam semester empat dan sedang menjalani latihan Industri di Hu Nam Fibreglass Industries Sdn Bhd, Napoh, Kedah. Semasa kejadian pelajar dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Satria, Alor Setar untuk ke tempat latihan industri tersebebut.

6.       Jenazah pelajar telah diuruskan di Unit Forensik, Hospital Jitra. Jenazah kemudiannya dibawa ke Kampung ibunya di Kampung Dalam Kota, Mukim Lepai, Alor Setar, Kedah, sebelum dikebumikan pada jam 3.30 petang hari yang sama di tanah perkuburan islam Kampung Dalam Kota.

7.      Jabatan Hal Ehwal Pelajar POLIMAS, telah membiayai kos pengurusan jenazah dan turut memberi sumbangan kewangan kepada keluarga pelajar.



No comments:

Post a Comment