Tuesday, 26 July 2011

Akmal Mukmin Malik Fisol

Beliau adalah bekas pelajar saya. Bermula dengan sijil Politeknik (Sijil Kejuruteraan Mekanikal) dan seterusnya Alhamdulillah, rezekinya dipermudahkan oleh Allah, maka pada tahun 2010, dia ditawarkan Diploma Integrasi (1 tahun) Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Kini telahpun menamatkan pengajiannya di POLIMAS ini.



Anak jati Kuala Kedah ini, adalah seorang manusia yang luar biasa. Mempunyai jati diri yang kuat dan semangat juang yang tinggi dan berfikiran kreatif. Saya kenal beliau seawal mula beliau menjejakkan kakinya di bumi POLIMAS ini. Langsung tertarik dengan sikap dan cara beliau, saya telah meminta beliau menyertai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Dalam JPP beliau bersama dengan rakan-rakan yang lain telah banyak memberi khidmat bakti kepada khalayak pelajar POLIMAS yang lain. Pencapaian tertinggi beliau dalam JPP adalah Naib Yang Dipertua Sekritariat JPP Politeknik Kebangsaan.

Beliau sering menonjol dalam mana-mana program yang dianjurkan samada di peringkat Politeknik ini mahupun di peringkat kebangsaan. Lantang bercakap dan mempunyai daya pengaruh yang tersendiri. Entri ini bertujuan untuk merakam secara ringkas kisah beliau yang saya kenal. Sebenarnya beliau banyak membantu saya menguruskan hal ehwal pelajar terutamanya yang menyentuh urusan kelab dan persatuan pelajar. Kepimpinan beliau telah meninggalkan satu legasi JPP yang berwibawa di POLIMAS ini.Ilmu dan pengalaman yang diperolehi , diadun untuk diperturunkan semula kepada anak buah beliau. Tahniah Akmal.

Secara peribadinya saya dekat dengan beliau. Pernah beberapa kali beliau ikut saya pulang ke kampung di Kelantan. Kenal semua ahli keluarga saya dan saya juga mengenali keluarganya. Saya percaya anak muda ini akan berjaya dalam bidang yang dipilihnya suatu hari nanti, InsyaAllah.



Kini dia telahpun memiliki perniagaan sendiri yang sedang berkembang maju. Menyediakan perkhidmatan mengambil gambar berkumpulan. Dia hadir ke POLIMAS dan tanpa halangan saya bersetuju untuk dia merakam gambar pelajar semester satu hingga semester 3 sebagai satu arkib pelajar POLIMAS. Perkhidmatan itu adalah percuma dan pelajar tidak diwajibkan untuk membelinya. Sekiranya berminat pelajar boleh membuat tempahan dengan harga yang istimewa. 

Semalam saya sempat berbual dengannya. Dia sangat ingin untuk berjaya. Saya katakan padanya, jika hendak berjaya awak perlu punyai seorang guru atau mentor yang telah berjaya. Kaji laluan yang telah ditempuhi oleh mentor tersebut. Lihat apa strategi yang telah digunakan oleh beliau. InsyaAllah dia juga boleh berjaya. Saya memberi contoh seseorang yang begitu dekat dengan beliau iaitu En. Sham (Asas Jay Photo) yang turut dikenali oleh beliau. Lihat bagaimana Sham boleh berjaya sehingga kini memiliki 3 buah kedai photo yang bermula bukan dari keluarga orang kaya! Tanya apa yang dia lakukan. Apa yang memberi kekuatan padanya dan ikut. Berbekalkan keterampilan yang sedia dimiliki, pengalaman dan ilmu kepimpinan serta intrapersonal yang baik saya bercaya beliau mampu pergi lebih jauh dari mentornya. Saya doakan.

Sebenarnya strategi ini banyak digunakan oleh pengamal-pengamal NLP diseluruh dunia. NLP adalah seni dan sains kejayaan. Ia mengajar manusia untuk mengulangi kejayaan orang lain. Caranya ialah dengan memiliki mentor yang telah berjaya dan mengikuti lorong-lorong yang telah dirintis oleh mentor tersebut. Secara spesifiknya kaedah mengamalkan NLP ini teralu panjang dan insyaAllah akan dimasukan dalam entri-entri yang berikutnya.

Sesungguhnya kejayaan ada di mana-mana dan ia milik orang-orang yang berusaha. Anda dan juga saya boleh menggunakan kaedah ini untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Man jadda wa jada! 

5 comments:

  1. Saudara Aqmal Mukmin Seorang yang tidak senang putus asa...beliau tetap akan berusaha dalam apa jua rintangan yang beliau hadapi......
    Beliau Tetap Meminta Keputusan dan pandangan kepada Mentor2nya
    SYABAS AQMAL MUKMIN.....
    Kami Tetap Menyokong anda dari Belakang.....
    Semoga Anda Berjaya...
    AMINN........

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.
    Terima kaseh byk2 bos.
    Tkejt sgt mal bos wt blog n cte ttg mal.
    Tq sgt2.sy byk blajar drp bos.mentor sy ialah bos en.nik ahmad rizal bin wan ismail.
    Dialah guru yg byk membntu dlm halatuju kpimpinan , smgt dan kejayaan slama ini spjg pknlan sy dgn bos.
    D smpg kwn2 byk sgt2 membntu.a.fhmi,a.takiey,a.mzal,a.sham n kwn2 smua. Trma kaseh sy ucpkn kpd smua yg byk bri nsht kpd sy dan tjuk ajar.Alhamdulillah.ini smua rezeki Allah s.w.t tq bos.
    Syg sgt2 bos,adk brdk jpp,my lovely parent n kpmpn.tq ALLAH

    ReplyDelete
  3. baru dapat melawat semula di blog en nik .
    by d way AQMAL MUKMIN MALIK FISOL , good luck and hope success in ur life . ~wink

    ReplyDelete