Thursday 28 July 2011

Majlis Tautan Ukhwah

Malam tadi  waktu bekerja saya berlanjutan sampai jam 1.30 pagi. Bermula jam 9.00 malam Majlis Tautan Ukhwah bersama seramai 230 orang pelajar POLIMAS yang menginap di luar kampus berlangsung di Dewan Mahsuri 1, Taman Siswa, UUM, Jitra. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya hadir dan kehadiran adalah 99.9%, di mana hanya seorang sahaja pelajar yang tidak hadir, itupun setelah mendapat kebenaran keluar daripada saya di atas sebab-sebab tertentu. Saya menganggap ini satu kejayaan mengumpulkan pelajar untuk bersama didalam satu majlis ilmu sebegini.

Seramai 229 orang pelajar hadir.


Perjumpaan ini diadakan untk memberi peluang kepada pihak pengurusan Polimas, terutamanya JHEP menerangkan peraturan hidup di luar kampus dan juga kesempatan kepada pengurusan Taman Siswa untuk menerangkan peraturan yang digunapakai di Taman Siswa UUM.Disamping itu, para pelajar dapat bersua muka dengan kejiranan, kenal pihak pengurusan Polimas dan juga pengurusan Taman Siswa. 

Sedang berucap : menyampaikan garis panduan hidup di luar kampus.


Pertambahan unjuran bagi norma pengambilan pelajar pada setiap semester menyebabkan POLIMAS tidak dapat menyediakan kemudahan kamsis kepada semua pelajar baru. Justeru JHEP telah memohon kerjasama pengurusan Taman Siswa, UUM di Tanah Merah, Jitra, Kedah, untuk menempatkan pelajar-pelajar yang baru mendaftar, sekurang-kurangnya bagi tempoh satu semester. Usahasama ini telah bermula pada sesi Januari 2010 sehinggalah sekarang. 

Pada semester lepas, JHEP telah menerima aduan daripada pengurusan Taman Siswa mengenai tingkah laku segelintir pelajar POLIMAS yang melanggar tatatertib sebagai seorang pelajar termasuklah pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan, pelajar yang tidak mendaftar mendiami atau menumpang di rumah yang disewa, kegagalan pelajar menjelaskan sewa bulanan dan beberapa perkara lain lagi.

Justeru, JHEP merasakan andalah perlu untuk pelajar-pelajar tersebut dihimpunkan untuk diberimaklumat dan juga mendapatkan maklumbalas mereka berhubung dengan kemudahan dan kebajikan mereka. Pelaksanaan majis ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Disiplin Pelajar (JKDP) POLIMAS. Diharapkan apabila terlaksananya majlis seumpama ini mampu membantu sedikit sebanyak bagi memantapkan lagi  pengurusan disiplin pelajar yang secara langsung dapat meningkatkan lagi sahsiah serta jati diri pelajar POLIMAS.

Kesimpulan dari apa yang saya perkatakan kepada khalayak pelajar adalah "sebelum melakukan sesuatu perkara, tanyalah pada diri sendiri dulu, adakah Allah suka aku buat semua ni, jika jawapannya tidak, maka usah lakukannya" . Usaha yang terbaik adalah untuk mengawal diri sendiri. Bentuk hati sendiri sebaik-baiknya. Sebanyak mana sekalipun nasihat yang disampaikan tidak akan ke mana sekiranya pelajar tidak berlapang dada menerima teguran dengan terbuka. 
Jaga Diri Hiasai Peribadi Akhlak Terpuji!! Salam Suksess

No comments:

Post a Comment