Sunday 24 July 2011

Erti sebuah kejujuran

Sedari kecil kita sering diajar bahawa "honesty is the best policy". 

Cerita-cerita tentang kejujuran sering terungkap dan disingkap demi untuk diteladani oleh kita ketika itu. Harapannya bila sudah menjalani proses membesar/pertumbuhan benih kejujuran yang disemai itu juga akan turut ranum dan mekar. Hasilnya, ya kita pasti memiliki masyarakat yang tinggi nilai kejujurannya.

Menjadi jujur tuntutan semua orang. Semua manusia ingin orang lain bersikap jujur kepada mereka. Ramai pula yang mahu orang lain jujur kepada mereka tetapi mereka tidak jujur kepada orang lain. Kejujuran boleh hadir dalam pelbagai bentuk, melalui kata-kata, perbuatan dan juga melalui tulisan!


Barangkali ketika ditemui oleh seorang jurujual sesuatu barangan yang mempromosikan barangan mereka, mungkin terlintas dalam benak kita adakah mereja jujur menceritakan barangan mereka yang semuanya baik-baik. Ah, mana mungkin mereka nak cerita tentang keburukan barangan tersebut. Ya lah, jika perkara negatif diketahui oleh bakal pelanggan tentunya mereka tidak akan membelinya. 

Jujur dengan diri sendiri dalam konteks dewasa ini disebut sebagai integriti. Integriti sangat dititik beratkan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan sahaja sekiranya pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan melakukan tugasan penting tidak mempunyai sikap integriti ini.Banyak kes yang dilaporkan di dada-dada akhbar tentang rasuah, pecah amanah dan seupamanya. Ini adalah contoh tidak jujur pada diri sendiri, pada kerajaan dan juga pada pelanggan.

Menjadi jujur bukan mencukupi setakat itu sahaja. Malah lebih dari itu perlu kelihatan jujur juga. Jujur dan kelihatan jujur! Ada orang yang jujur tetapi tidak kelihatan jujur. Ada orang yang kelihatan jujur tetapi sebenarnya tidak jujur. Nah, yang lebih utama adalah hati kita. Menjadi jujur tanpa orang ketahui. Hanya Allah yang maha mengentahui. Ikhlas namanya. Ikhlas itu antara kita dengan tuhan. Tetapi dewasa ini menuntut kita untuk kelihatan jujur, bukan sekadar jujur dihati dan sahaja.

Ingatlah Allah sentiasa melihat tingkah kita. Apapun berusahalah untuk jujur dan kelihatan jujur. Niat tidak menghalalkan cara. Kita tidak jujur untuk menjaga kebajikan orang lain adalah salah. Ini upama Robin Hood yang merompak untuk membantu orang miskin. Ini salah. 

Dalam rumahtangga kejujuran adalah tonggak keharmonian. Berkata jujurlah walaupun ia amat memedihkan. Kerana itu akan menguatkan kerukunan yang sekian lama terbina. 




No comments:

Post a Comment