Wednesday 20 July 2011

Berinduksi lagi

19 Julai 2011, saya berinduksi lagi bersama 47 orang staff baru KPTM. Seawal jam 8.30 pagi hinggalah jam 10.30 malam, terasa masa begitu cepat berlalu dan apa yang saya berikan kepada mereka adalah terlalu sedikit. Benar saya masih tidak puas untuk bersama kumpulan yang hebat itu. Mereka semua adalah warga generasi Y yang cukup pantas dan begitu begitu teruja untuk terus menongkah arus bekerjaya. Sekadar menamakan mereka yang hebat seperti Ustaz Izzat, Raja Azrin (POLIMAS) ustaz Zul, Jay dan yang lain tidak kurang juga kehebatan anda!! Saya tabik!!


Memang tugas saya bukan mudah. Perlu melakukan proses ice breaking bagi mengadunkan 47 orang yang datang dari pelbagai latar belakang organisasi dan pendidikan ini, sebelum seterusnya melakukan group forming dan akhirnya menyudahkan dengan group binding sebelum sedikit sugar gram diberikan kepada mereka. Semoga momentum yang dibekalkan akan terus  berkekalan bukan sahaja dibidang bekerjaya malah juga dalam kehidupan seharian.

Saya dedahkan juga mereka dengan teori Law Of Attraction dan teknik NLP untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Mereka begitu ceria disepanjang program berangsung, meriah dan aktiviti dapat berlangsung dalam semangat keghairahan dan kerjasama yang cukup padu.

Sebelah malamnya, saya berkongsi teknik bagaimana untuk menjadi pengucap awam yang cemerlang atau bercakap seolah-olah anda adalah seorang yang professional!! 

Salah satu email yang saya terima pagi ini darisalah seorang peserta :


Dear Mr.Nik Ahmad Rizal

A very good morning to u, I am Chong Ling Ling who has known u from the induction course in The Regency Hotel, Alor Setar recently. Thanks to ur lovely talk which arouse my interest to know more on NLP. For ur information, I have been attending such courses during my undergraduate days. Moreover, I have read the book - Law of Attraction. So, I have my deep interest on it. However, things that I know is very little, I will like to learn more and know more. My passion is always to become a successful academician! 

Hence, I will like to request for that wonderful NLP books. Please suggest me more books to be read. Thank you.


p/s: U have become my 'tok guru' too. =)


Regards,

Ling Ling

No comments:

Post a Comment