Wednesday 27 July 2011

Alumni JPP – Satu Legasi Kepimpinan


Assalamualaikum dan salam cinta sayang kerana Allah,

Pagi!!

Surah al-Syam: (Allah bersumpah demi 7 perkara)

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Sdr. Fahmi, Saya dan Sdr. Murshidi


Pagi!!

Wah luar biasa, pagi ini terjumpa gambar-gambar kenangan alumni JPP POLIMAS. Alumni JPP adalah satu legasi yang ditinggalkan. Mereka yang telahpun berjaya menamatkan pengajian dengan nilai diri yang bertambah. Bukan sekadar graduan biasa, namun mempunyai jati diri yang mantap dan keupayaan memimpin yang tinggi. Syabas dan tahniah!!

Semasa menjadi pelajar dulu, merekalah yang berjaya muncul ditengah kekalutan masalah pelajar. Berjuang merancang dan melaksanakan aktiviti untuk memajukan khalayak pelajar. Mempimpin pelajar agar mempunyai peningkatan sahsiah diri bukan sekadar di lapangan akademik. Mengenegahkan soal kebajikan pelajar agar dapat bersama mengecapi kesentosaan hidup sebagai seorang pelajar.
Pagi!!

Legasi kepimpinan merupakan puncak tertinggi hasil dari jaringan yang tidak ada putusnya. Dari satu generasi ke satu generasi yang lain, alumni JPP telah muncul dan semakin mantap membantu saf kepimpinan yang ada dalam perkongsian ilmu dan juga pengalaman, tanpa ada kepentingan diri walau sekelumitpun. Mereka telah diasuh dengan nilai diri yang disemai kejap di dalam sanubari. Mereka disedarkan untuk menjadi pemimpin pelajar, mereka perlu bergerak tahap demi tahap.

Pagi!!

Menjadi pemimpin perlu dicintai oleh orang yang dipimpin. Untuk adanya rasa cinta itu, mereka perlu wujudkan hubungan yang harmoni dengan segenap lapisan masyarakat kampus.

Menjadi pemimpin mereka perlu ada pengikutnya. Untuk mewujudkan pengikut tidak ada cara lain selain dari membantu mereka mencapai impian mereka dan menolong mereka menyelesaikan masalah mereka.

Menjadi pemimpin mereka perlu dipercayai oleh semua orang. Untuk dipercayai mereka perlu mempunyai nilai diri yang hebat dan integriti diri dan organisasi yang tinggi. Nilai Jujur, tanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, berkerjasama, adil dan perihatin adalah ramuan yang diadun menjadi kekentalan diri mereka.

Menjadi pepimpin mereka perlu ada pelapisnya atau kadernya. Untuk wujudkan kader ini, mereka perlu membimbing mereka dalam segenap aspek kepimpinan, diri dan organisasi.

Lalu inilah, wujudnya satu legasi kepimpinan! Tahniah dan terima kasih kepada semua alumni yang bekerja keras semasa belajar dahulu dan juga sering menyumbang tenaga dan masa walaupun sudah berada di alam pekerjaan.



1 comment:

  1. Pagi!!!!
    2Hari lepas saya baru sahaja menelifon sdr Musidi semasa saya berada di Batu Pahat,Beliau Masih Mahu Berkhidmat jika diberi peluang untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan.....
    Beliau Sampaikan salam Kepada En Nik.... Salam Perantauan

    ReplyDelete