Wednesday 27 July 2011

Edaran Stiker Kenderaan Pelajar : Keluar dari ruang selesa

Salam penuh kebahgiaan buat tuan/puan semua dan selamat pagi!!

Benarlah jika kita mahukan hasil yang lebih, kita perlu untuk lakukan kerja dengan lebih kuat dengan cara yang berbeza. Semalam Jabatan Hal Ehwal Pelajar POLIMAS (JHEP) mengedarkan stiker kenderaan kepada pelajar. Semua kenderaan pelajar yang ingin dibawa masuk ke dalam kampus POLIMAS perlu mempunyai stiker itu sebagai tanda bahawa kenderaan tersebut telah mendapat kebenaran untuk memasuki kawasan POLIMAS. Selalunya aktiviti agihan stiker ini dilakukan di kaunter JHEP, di mana pelajar akan berbaris untuk untuk menyerahkan borang permohonan yang telah dilampirkan dengan salinan kad pengenalan, lesen memandu dan cukai jalan yang belum tamat tempoh. Lalu berlakulah kesesakan yang melampau sehingga mengganggu aktiviti lain di kaunter JHEP yang tidak sebesar mana itu. Proses edaran stiker tersebut mengambil masa selama seminggu untuk disempurnakan kepada semua pelajar. 
Semalam saya mengajak beberapa orang staff untuk keluar dari kebiasaan itu. Keluar dari zon selesa. Jika sebelum ini kita edarkan stiker dalam air cond yang menggigit kulit, sehingga perlu pakai jaket, duduk pula di kerusi empuk, tapi semalam kita keluar berada di celah-celah kesesakan lalaun pelajar. Kita letakan dua buah meja dan beberapa kerusi plastik di ruang legar depan koperasi POLIMAS. Kawasan tersebut memanglah kawasan tumpuan student. Apatah lagi minggu ini berlangsungnya PC fair di kawasan tersebut. Belumpun siap persiapan kami lakukan, meja kami telah diserbu oleh pelajar. Dan semalam sahaja kami telah keluarkan sebanyak 500 stiker kepada pelajar!! Ini satu rekod.

Apa-apapun yang kita lakukan, kita kena lakukan dengan cara yang berbeza, strategi yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Sekiranya strategi tidak menjadi, maka lakukanlah pengubahsuaian kepada strategi tersebut. Ingat, perkara berbeza strategi juga perlu berbeza. Strategi untuk ke pasar membeli ikan sudah tentu perlu berbeza dengan staregi ingin pergi memancing di tasik, bukan begitu? Itu contoh yang mudah. Contoh edaran stiker tersebut adalah contoh paling ringkas untuk membuktikan, jika kita lakukan pekerjaan bukan dengan cara yang biasa kita akan dapat hasil yang luar biasa!! 

Masih ingat lagi kisah seekor katak di bawah tempurung? Analogi klasik yang selalu diperkatakan kepada seseorang yang tidak sedar perkembangan di luar sana. Katak tersebut selesa berada dalam gelap tempurung tersebut sehinggakan dia takut untuk keluar. Tetapi bila sahaja dia keluar dari tempurung itu, barulah dia sedar rupanya dunia di luar sana lebih luas, lebih bewarna-warni dan dia boleh melompat dengan lebih tinggi. 

Jadi terserah kepada anda untuk memilih, mahu berada dalam keadaan keselesaan sekarang atau keluar daripadanya, merasai sedikit kesusahan, tetapi akhirnya mendapat ganjaran yang berbaloi-baloi!!  


Salam suksess!!

No comments:

Post a Comment