Thursday 28 July 2011

Majlis Tautan Ukhwah

Malam tadi  waktu bekerja saya berlanjutan sampai jam 1.30 pagi. Bermula jam 9.00 malam Majlis Tautan Ukhwah bersama seramai 230 orang pelajar POLIMAS yang menginap di luar kampus berlangsung di Dewan Mahsuri 1, Taman Siswa, UUM, Jitra. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya hadir dan kehadiran adalah 99.9%, di mana hanya seorang sahaja pelajar yang tidak hadir, itupun setelah mendapat kebenaran keluar daripada saya di atas sebab-sebab tertentu. Saya menganggap ini satu kejayaan mengumpulkan pelajar untuk bersama didalam satu majlis ilmu sebegini.

Seramai 229 orang pelajar hadir.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011

Bergambar Bersama JPP 2010/2011
Saya abadikan sekeping foto bersama saf kepimpinan JPP POLIMAS bagi tahun 2010/2011 yang akan menamatkan perkhidmatan mereka pada penghujung semester ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan yang tinggi dan kalungan terima kasih bagi pihak warga POLIMAS di atas semaian khidmat bakti yang telah diberikan oleh kalian semua. Gunakanlah ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang jalan berada dalam kepimpinan ini untuk membentuk diri, keluarga dan masyarakat dan yang paling penting ialah melihat semua itu berada di jalan Allah.

Wednesday 27 July 2011

Cuti Balik Kampung

Esok saya sekeluarga akan pulang bercuti sehingga selasa depan. Dalam erti kata lain balik kampung untuk menjemput anakanda lelaki sulong yang sedang belajar di Maahad Tahfiz Muhammadiah, Bachok, Kelantan. http://mtsbachok.net/v3/
Dia pula akan bercuti selama seminggu. 3 hari di Kelantan dan 4 hari di Jitra, Kedah.

Nik Ahmad Khalif http://khalifrizal.blogspot.com/

Alumni JPP – Satu Legasi Kepimpinan


Assalamualaikum dan salam cinta sayang kerana Allah,

Pagi!!

Surah al-Syam: (Allah bersumpah demi 7 perkara)

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Sdr. Fahmi, Saya dan Sdr. Murshidi

Edaran Stiker Kenderaan Pelajar : Keluar dari ruang selesa

Salam penuh kebahgiaan buat tuan/puan semua dan selamat pagi!!

Benarlah jika kita mahukan hasil yang lebih, kita perlu untuk lakukan kerja dengan lebih kuat dengan cara yang berbeza. Semalam Jabatan Hal Ehwal Pelajar POLIMAS (JHEP) mengedarkan stiker kenderaan kepada pelajar. Semua kenderaan pelajar yang ingin dibawa masuk ke dalam kampus POLIMAS perlu mempunyai stiker itu sebagai tanda bahawa kenderaan tersebut telah mendapat kebenaran untuk memasuki kawasan POLIMAS. Selalunya aktiviti agihan stiker ini dilakukan di kaunter JHEP, di mana pelajar akan berbaris untuk untuk menyerahkan borang permohonan yang telah dilampirkan dengan salinan kad pengenalan, lesen memandu dan cukai jalan yang belum tamat tempoh. Lalu berlakulah kesesakan yang melampau sehingga mengganggu aktiviti lain di kaunter JHEP yang tidak sebesar mana itu. Proses edaran stiker tersebut mengambil masa selama seminggu untuk disempurnakan kepada semua pelajar. 

Tuesday 26 July 2011

Akmal Mukmin Malik Fisol

Beliau adalah bekas pelajar saya. Bermula dengan sijil Politeknik (Sijil Kejuruteraan Mekanikal) dan seterusnya Alhamdulillah, rezekinya dipermudahkan oleh Allah, maka pada tahun 2010, dia ditawarkan Diploma Integrasi (1 tahun) Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Kini telahpun menamatkan pengajiannya di POLIMAS ini.

Monday 25 July 2011

Ingin Menulis

Salam hormat buat teman dan taulan semua!

Sedari kecil minat untuk menulis terus menyubur dalam diri saya. Dapat saya rasakan kepuasan yang teramat sangat sekiranya saya dapat menyiapkan hasil penulisan. Masih saya ingat karya pertama saya sewaktu kecil dulu - seawal sekolah rendah : sebuah cerpen berjudul "lastik". Sebenarnya cerpen tersebut saya adpatasikan dari sebuah cerpen yang saya baca dalam majalah Dewan Pelajar ketika itu. Hasil "meniru" karya orang lain itu membuatkan saya amat meminati bidang penulisan. Kemudian saya mula menjadi pembaca sajak dan cerpen yang tegar. Tak boleh terlepas peluang untuk mengunyah setiap cerpen yang diterbitkan sama oleh akhbar mingguan mahupun majalah-majalah, begitupun juga antologi yang terdapat di perpustakaan sekolah. 

Sunday 24 July 2011

Erti sebuah kejujuran

Sedari kecil kita sering diajar bahawa "honesty is the best policy". 

Cerita-cerita tentang kejujuran sering terungkap dan disingkap demi untuk diteladani oleh kita ketika itu. Harapannya bila sudah menjalani proses membesar/pertumbuhan benih kejujuran yang disemai itu juga akan turut ranum dan mekar. Hasilnya, ya kita pasti memiliki masyarakat yang tinggi nilai kejujurannya.

Menjadi jujur tuntutan semua orang. Semua manusia ingin orang lain bersikap jujur kepada mereka. Ramai pula yang mahu orang lain jujur kepada mereka tetapi mereka tidak jujur kepada orang lain. Kejujuran boleh hadir dalam pelbagai bentuk, melalui kata-kata, perbuatan dan juga melalui tulisan!

Wednesday 20 July 2011

Berinduksi lagi

19 Julai 2011, saya berinduksi lagi bersama 47 orang staff baru KPTM. Seawal jam 8.30 pagi hinggalah jam 10.30 malam, terasa masa begitu cepat berlalu dan apa yang saya berikan kepada mereka adalah terlalu sedikit. Benar saya masih tidak puas untuk bersama kumpulan yang hebat itu. Mereka semua adalah warga generasi Y yang cukup pantas dan begitu begitu teruja untuk terus menongkah arus bekerjaya. Sekadar menamakan mereka yang hebat seperti Ustaz Izzat, Raja Azrin (POLIMAS) ustaz Zul, Jay dan yang lain tidak kurang juga kehebatan anda!! Saya tabik!!

Monday 18 July 2011

Sebuah Pengkisahan Tentang Baginda

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggang mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.
Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Sunday 17 July 2011

Al Fatihah

Al Fatihah.

Barangkali perkara pertama yang datang dalam minda kita bila membaca tulisan Al Fatihah di atas adalah untuk disedekahkan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Ummul kitab ini juga sering kita lafazkan bila saja memulakan majlis-majlis tertentu, terutamanya majlis ilmu. Hari ini saya cuma ingin catatkan perjalanan hidup seorang bapa yang telah sudi berkongsi rahsia kafiat amalan bacaan surah ini.

Alhamdulillah, Allah berikan saya pertemuan dengan beliau di satu pagi yang mendamaikan. Kami sama-sama membawa anak ke sekolah baru anak kami. Saya katakan sekolah baru kerana anakanda perempuan saya baru melangkah ke tingkatan satu. Peristiwa ini berlaku pada awal tahun ini.

Thursday 14 July 2011

Kehidupan ini adalah suatu perjalanan

Kehidupan ini adalah suatu perjalanan. Dalam perjalanan kita mengutip pengalaman. Pengalaman itu jika dikongsi bersama akan menjadi panduan hidup yang sangat berguna. Kita melihat manusia dengan berbagai ragam dan gaya, menunjukkan sikap dan tindakan dalam menjalankan tugas, peranan dan tanggung-jawab yang diamanahkan.

Kita akan bertemu keberkatan serta juga kemungkaran yang diselindungi dalam peristiwa suka-duka, pahit manis dan hilai ketawa. Manusia yang peka terhadap persekitaran yang ditempuhinya akan menjadi seorang pemerhati yang tajam. Pemerhatian itu jika dapat dirakam akan menjadi sangat berguna kepada orang lain yang mungkin pernah melalui liku kehidupan yang sama tetapi tidak pernah pula merakamnya dalam ingatan.