Thursday 28 July 2011

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011

Bergambar Bersama JPP 2010/2011
Saya abadikan sekeping foto bersama saf kepimpinan JPP POLIMAS bagi tahun 2010/2011 yang akan menamatkan perkhidmatan mereka pada penghujung semester ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan yang tinggi dan kalungan terima kasih bagi pihak warga POLIMAS di atas semaian khidmat bakti yang telah diberikan oleh kalian semua. Gunakanlah ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang jalan berada dalam kepimpinan ini untuk membentuk diri, keluarga dan masyarakat dan yang paling penting ialah melihat semua itu berada di jalan Allah.

Saya selalu berpesan kepada saf kepimpinan ini bahawa kepimpinan adalah pilihan. Jika memilih untuk menjadi pemimpin sebenarnya, secara intinsiknya, mereka memilih untuk menjadi hamba. Hanya pemimpin berjiwa hamba mampu memartabatkan khalayak pelajar dengan cemerlang, insyaAllah. 

Tidak lupa juga saya terpanggil untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Mejar Abd. Rahman bin Haji Saad, Mantan PHEP yang akan meninggalkan lapangan HEP untuk berada bersama-sama ahli akademik yang lain demi untuk menugal bakti dalam bidang akademik pula. Selamat maju jaya tuan! Sepanjang penglibatan beliau didalam kepimpinan JPP bersama saya bermula tahun 2003 sehingga tahun 2006, banyak yang telah saya pelajari dan teladani daripada beliau. Bermula tahun 2006 hingga tahun 2008, beliau bercuti untuk menyambung pelajaran di peringkat Masters dan masuk bertugas kembali di politeknik ini pada tahun 2009 di Unit Sukan, sebelum menyertai semula pasukan hebat HEP ini pada awal tahun 2010. Bermula 2010 beliau menggerakan JPP sehinggalah pertengahan 2011 ini. Beliau kini ditempatkan di JKA sebagai pensyarah kanan. Tahniah tuan!

Teringat kata-kata mantan pengarah Polimas Ir. Gan Chee Kuan yang selalu disebutkan pada setiap kali berlangsungnya majlis perhimpuan bulanan "Jika kita sayangkan seseorang, kita hendaklah relakan dia pergi". Benar, takdir Allah mengatasi tadbir manusia dan saya penuh yakin sesuatu yang menarik untuk kepentingan bersama pasti akan muncul. Hikmat yang perlu dilihat secara positif.

Terima kasih semua!!

5 comments:

  1. JasaMu Dikenang....
    Dengan Kesempatan pada Hari ini...
    Saya dan Aqmal Mukmin Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tuan Rahman....
    Semoga Panjang Umur dan dimurahkan Rezeki di Dunia dan Akhirat...Amin.......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum encik,
    saya perasan life.mujahid.com dah remove
    rupanya ada buat blog baru
    yeayy bagus encik dah menulis balik...

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam.

    Terima kasih kembali kepada Sdr. Adam. Sampaikan salam takzim kpd ayahda n bonda ya. Teruskan usaha mencari keberkatan hidup dengan cara sendiri. :))

    ReplyDelete
  4. salam ,
    saya pulak baru je taw encik ada blog baru . :D
    hurm gambar kenangan dgn kami semua tak de ke encik ? hehe

    ReplyDelete
  5. Wassalam ida. Terima kasih. Jpp bacth awak memang terbaiklah! Gambar bersama orang-orang yang hebat awak dan rakan-rakan yang lain masih banyak dalam simpanan. InsyaAllah, ada ketikanya nanti akan saya masukkan. Jangan lupa konvo 2011 nanti ya!! Tahniah terlebih dahulu daripada saya!!

    ReplyDelete