Monday 5 September 2011

Cuti Raya Dalam Episod Klinik Kesihatan

Salam cinta kasih kepada Allah dan RasulNya.

Musim cuti perayaan, selain kenduri - tempat tumpuan orang ramai adalah klinik. Ramai yang sakit - selsema dan sakit perut. Kata salah seorang sahabat yang turut berada di klinik Dr. Fuad pagi itu "ingatkan kat jalan saja yang jem, kat klinikpun jem jugak!"  Ada beberapa teori yang menyebabkan keadaan ini - akibat gagal mengekang nafsu makan, setelah sebulan berpuasa mungkin. 


Kelmarin saya bawa Nurin ke Klinik Dr Fuad di Machang, Kelantan - sakit perut. Ramai yang sedang menunggu rawatan.    Kami menunggu giliran dengan sabar sambil membaca risalah penerangan untuk belajar dalam Sarjana Muda Perubatan di luar negara. Dr. Fuad adalah kenalan saya semasa saya bertugas di Majlis Daerah Machang dulu lagi. Selesai rawatan kami berbual sekejap. Zira yang turut sama pergi bertanyakan kos untuk mengabil bidang perubatan sebagaimana yang terdapat di dalam risalah yang dibaca tadi. Mengikut Dr. Fuad - kos untuk tahun pertama adalah sekitar RM75,000.00, manakala yuran pengajian untuk tahun berikutnya sehingga tahun ke 6 adalah USD8,000.00. Itu baru yuran pengajian, belum termasuk kos penginapan, makan minum dan lain-lain keperluan! Dr. Fuad juga memberitahu kami bahawa 3 orang anaknya sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan secara pembiayaan sendiri! Saya bangga dengan Dr. Fuad yang pandai mengemudi cita-cita anak-anaknya! Hebat!! 

Setelah itu kami beredar ke kaunter ubat untuk membuat bayaran dan mengambil ubat - 2 jenis ubat - tablet - diberikan. Apa yang mengejutkan kami dikenakan caj RM44.00!  - tetiba teringat kepada Klinik Dr. Fauzi di Jitra - kos rawatan yang biasa dikenakan tidak lebih dari RM20.00! Tak apalah, mungkin ubat yang dibekalkan itu berkualiti dan mahal - untuk kesihatan orang sanggup bayar apa sahaja. Tetapi bagi saya bila perbezaan itu amat ketara, membuatkan kami sedikit terkejut. Hebat!! 

Syukur Alhamdulillah Nurin beransur pulih.

Malam tadi saya bawa Along ke Klinik Perdana di Machang, Kelantan - demam selsema dan ulser bibir. Orang terlalu ramai. Kami sampai sesudah solat Maghrib - sekitar jam 8.15 minit malam. Selesai pendaftaran kami menunggu.Setelah hampir sejam menunggu saya ke kaunter untuk melihat giliran anak saya berjumpa Doktor. Masih ada 6 orang lagi. Saya terus menunggu. Orang semakin ramai. Klinik sudah penuh sesak dengan orang ramai. Hinggakan kerusi tempat duduk sudah penuh dan ramai yang berdiri di dalam dan di luar klinik. Hati mula tertanya-tanya kenapa ramai sangat orang kat klinik ni? 

Jam 10.00 malam tiba giliran saya, Along diperiksa dengan teliti oleh Dr. Hayati. Diberi nasihat penjagaan kesihatan agar cepat baik. Diberi penerangan tentang penggunaan ubat. Layan juga cukup mesra. Saya berpuashati. Selesai rawatan, sebelum keluar saya bertanya Dr. Hayati - pukul brapa tutup klinik? Jawabnya "sampai semua orang dirawat..." Kaunter pendaftaran masih dibuka. Orang masih ramai. Purata seorang menerima rawatan lebih kurang 10 - 15 minit. Saya tidak tahu pukul berapa klinik akan ditutup malam itu. Andaian saya mungkin sampai jam 2 - 3 pagi! Subhanallah!! Kami dikenakan caj rawatan cuma RM18.00 sahaja!!! Saya cukup berpuas hati dengan ubatan yang dibekalkan dan cara konsultansi walaupun waktu menunggu cukup lama. 

Hari ini dalam perjalanan balik ke Kedah, saya bawa Diyana ke Klinik Perdana di Pasir Tumboh, Kelantan - jangkitan bakteria di jari kaki akibat terkena bunga api pada malam edulfitri yang lepas. Kata saya padanya "itulah, kan ayah dah tak bagi main buga api..." .  Kami tidak perlu menunggu  di  klinik ini - tidak ada  orang lain. Selesai pendaftaran yang mudah - berikan nama sahaja - kami terus diarahkan masuk ke bilik Dokor. Kaki Diyana diperiksa dengan teliti. Ditanya punca dan kami diberi penerangan yang jelas tentang jangkitan bakteria dan cara penjagaan supaya cepat pulih. Kami juga diterangkan cara penggunaan  ubat. Selesai semua kami dibekalkan dengan ubat - antibiotik, krim anti bakteria, ubat batuk, dan ubat tahan sakit. Cajnya adalah RM60.00. Juga sedikit terkejut. 

Itulah senario apa yang berlaku di 3 buah klinik yang berbeza di Kelantan - saya simpan kesimpulan setiap cerita itu untuk diri kami sekeluarga. 

No comments:

Post a Comment