Saturday 24 September 2011

Sekitar Aktiviti JK Jubah Graduan Majlis Konvokesyen POLIMAS ke 25

Syabas dan selamat bergraduasi!

Bermula hari ini 24 September sehinggalah 27 September, saya yang diamanahkan untuk mengemudi Jawatankuasa Jubah Graduan, bertungkus lumus menguruskan jubah untuk diagihkan kepada graduan. Kerja bermula dengan semua petugas mengambil jubah dari bilik jubah untuk di bawa ke bilik agihan jubah - bertempat di Bilik Kuliah 6 dan 7, kemudiannya memasukkan jubah graduan ke dalam beg jubah, hinggalah kepada mengagihkan pinjaman jubah kepada graduan.

Hari ini berlangsung majlis raptai untuk sidang 1, iaitu sidang graduan cemerlang. Tugas saya pada majlis raptai ini ialah memberi taklimat kepada graduan tentang proses mengambil jubah dan tatacara penjagaan jubah. Graduan diingatkan untuk menyediakan dokumen pengesahan bayaran, pengesahan pengesanan graduan dan kehadiran konvokesyen untuk membolehkan mereka mengambil jubah. Seterusnya graduan diingatkan untuk menjaga jubah dengan cermat iaitu tidak mengubah suai jubah dan jika ingin mensterika, hendaklah menggunakan laras suhu yang tepat pada petunjuk aras "silk". Jubah yang rosak akan dikenakan penalti sebanyak RM200.00. 

Petugas Sibuk Menyusun Jubah Ke Dalam Beg Jubah

Beg-beg Yang Siap Dimasukkan Jubah

Mug Cenderahati Konvokesyen Di Berikan Kepada Graduan

Majlis Raptai Berlangsung Di Dewan Sri Mas

Graduan Mengambil Jubah

Blazer Juga Disediakan!



2 comments:

  1. Assalamualaikum encik,
    saya bertolak ke Jitra awal pagi esok

    Kita jumpa di sana ye :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Adam.

    Gambar awak dan saya dah saya upload. tq for coming

    ReplyDelete