Wednesday 28 September 2011

Jamuan 1 POLIMAS

Gulai Kawah Daging Lembu
Usai sudah majlis konvokesyen POLIMAS yang ke 25. Banyak peristiwa yang terakam di sebalik majlis gilang gemilang itu. Bukan senang untuk menguruskan majlis-majlis besar. Ia memerlukan kerjasama banyak pihak. Ia menuntut tenaga dan usaha yang bukan sedikit. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan jayanya.

Sebagai tanda penghargaan, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengadakan Jamuan 1 POLIMAS pada hari ini - 28 September, 2011, yang melibatkan semua warga POLIMAS. Ia juga bersempena Aidilfitri dan sambutan bulan Kemerdekaan. Terima kasih semua!!

Pelajar berpusu-pusu menyerbu khemah sebaik sahaja, saya mengumumkan- "selamat menjamu selera"

Konti DJ - lagu raya berkumandang di kampus 

No comments:

Post a Comment