Friday 23 September 2011

Induksi KPTM Kumpulan 1 Bil 15/2011 De Palma Hotel

Sedar tak sedar sudah 15 kali untuk tahun ini saya dijemput  mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan dan menyampaikan ceramah Teknik Pengucapan Awam kepada kakitangan yang baru dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Terkini 19 - 20 September, Belangsung di De Palma Hotel. Seramai 61 orang peserta terlibat dalam program ini. Kali ini saya digandingkan dengan Tuan Haji Ahmad Sahidi, pensyarah kanan di Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor.

Pengalaman mengendalikan kumpulan ini sangat menerujakan. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik dan terlibat secara aktif dengan semua aktiviti yang kami berdua jalankan. Pada sebelah malamnya pula, saya menyampaikan Teknik Pengucapan Awam. Paling menerujakan apabila peserta menunjukan minat yang sangat mendalam terhadap ceramah yang disampaikan. 

Mereka ingin tahu lebih lagi. Namun, dalam masa dua jam yang diperuntukkan, saya lebih menekankan bagaimana caranya bagi mengatasi perasaan takut atau gemuruh bila berhadapan dengan khalayak. Apatah lagi apabila saya menunjuk cara bagaimana untuk mengurangkan darah gemuruh melalui teknik senaman "lets go!". Saya juga sempat melakukan meta programming kepada peserta supaya mereka tampil yakin dihadapan khalayak. Tidak ketinggalan, saya berpesan, untuk menjadi penyampai yang terbaik amat penting sekali untuk bertahajud di dua pertiga malam. 

Tahniah kepada semua dan selamat menjadi penjawat awam yang tinggi nilai integriti dan punyai jadi diri yang hebat!

Peserta Tekun Mendengar

Mereka Aktif Berbincang

Masa Untuk Pembentangan Kumpulan

No comments:

Post a Comment