Sunday 11 September 2011

"Travelog Dakwah : Meniti hari Esok" - Prof. Dr. Hj Muhd Kamil Ibrahim

Salam cinta kasih kepada Allah dan RasulNya.

Maaf saya bukan ustaz! Saya baru nak start

Pagi Ahad, hari permulaan kerja untuk minggu ini. September sudah menjengah angka 11 begitupun juga syawal melangkah ke angka 13. Masa terlalu beerti untuk dilepaskan pergi dengan sesia. Justeru, disetiap kelapangan yang ada, saya memaksa diri  untuk memenuhinya dengan aktiviti  - antaranya membaca buku. 

Hari ini saya memilih sebuah buku berjudul "Travelog Dakwah : Meniti hari Esok" hasil tulisan Prof. Dr. Hj Muhd Kamil Ibrahim.  Buku ini mengajak saya untuk mencontohi beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Prof Kamil - berdakwah sambil meneruskan kehidupan dengan cara sendiri. Saya begitu terkesan dengan buku ini dan saya syorkan kepada sesiapa juga untuk membacanya.

Mengajak manusia untuk mengingati Allah dan mengerjakan ibadah - terutamanya solat berjemaah dan membaca al Quran, serta meninggalkan kemaksiatan adalah intipati buku ini. Istimewanya ia digarap dengan bahasa yang cukup bersahaja dan pengkisahannya pula adalah dalam ruang lingkup kehidupannya sendiri sebagaimana fitrah semula jadi kita semua iaitu "jahil" kepada berilmu dan diikuti dengan beramal. 

Bacalah buku ini - dan mengembaralah bersama Prof. Kamil - mantan Pengarah UiTM Segamat, Johor - bagaimana pada usia beliau yang  mencecah 41 tahun, beliau baru bermula untuk mengenal huruf-huruf dan mula belajar membaca al-Quran. Buku ini cukup bermotivasi kepada sesiapa yang buta al-Quran untuk jadi celik al-Quran. 

Berdakwah bukanlah khusus untuk ustaz sahaja. Orang yang baru nak start macam kita pun sebenarnya harus berdakwah. Saya lebih menekankan konsep berdakwah kepada diri sendiri - saya akan teruskan berdakwah kepada diri sendiri. Contohnya solat jemaah setiap waktu dan sentiasa berada dalam saf hadapan di sebelah kanan imam. 

Subhanallah - pagi ahad ini ujian dakwah saya mula menjadi kenyataan. Ketika memantau pelajar-pelajar POLIMAS seawal jam 08.00 pagi hingga jam 09.30 pagi - saya sempat menyapa beberapa orang pelajar yang terkejar-kejar untuk memasuki bilik kuliah. 

"Kenapa lewat"

"Bangun lambat encik."

"Kelas pukul berapa"

"Pukul lapan encik"

"Jam awak pukul berapa sekarang? Jam saya dah 08.10 minit. Sembahyang subuh tadi?"

"Tak sempat encik"

Itu adalah pelajar pertama yang saya jumpa. Selepas itu pelajar kedua sehinggalah tujuh orang pelajar semuanya - skrip jawapannya hampir sama - kesimpulannya hanya satu - tidak sembahyang subuhpun!

Agaknya berapa ramai pelajar Polimas tidak sembahyang subuh? Perlu buat kajian ke? Saya hormati pengakuan jujur mereka - berani mengaku tidak menunaikan sembahyang - lebih utamakan urusan dunia daripada ibadah kepada Allah. Dosa bagi mereka bukan urusan sekarang, - malah ada yang menjawab "kalau ditakdirkan kami mati - kami redha aja lah"  Redha apa yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut? 

Berdakwah perlu dilakukan dengan penuh hikmah. Kerana saya bukalah ustaz untuk memberi tazkirah, baca ayat al Quran dan juga hadis. Saya mengambil nama dan mengajak mereka untuk berjumpa saya bila habis kelas nanti. Cadangan saya untuk memberi sedikit suntikan motivasi agama kepada mereka - sambil berdoa agar Allah sentiasa membuka pintu hidayahNya dan menjauhi kami semua dari kemurkaanNya.

Ya Allah, jauhilah kami dari perasaan riak dan ujub.



No comments:

Post a Comment