Tuesday 13 September 2011

Warnai Hidup - Lupakan Sejarah Hitam

Sayang kalau kita memandang kehidupan ini dengan hitam dan putih sahaja. Kerana kita sebenarnya boleh untuk mewarnainya dengan warna-warna kegemaran kita. Hidup ini - hakikatnya kita yang hidup. Ini bermakna kita punyai kemampuan yang dianugerahkan Allah swt  untuk merancang dengan kreatifnya corak bagaimana yang kita mahu dan warna apa pilihan kita. Bak kata teman saya "Kita buat dia". Sekarang terserah kepada kita untuk membuat pilihan - cepat bertindak, cepat pula mendapat hasilnya.


Saya didatangi oleh dua orang yang berbeza dengan satu masalah yang sama - mahu melupakan kisah silam yang katanya "hitam". Seolah mahu meminta ubat untuk hilangkan ingatan - mau ka macam tu? Otak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya - ingatan yang terbentuk di dalam sistem otak - minda kita sukar untuk dihapuskan secara total. 

Bagi saya - biarlah pengalaman pahit atau hitam itu terus berada dalam lipatan sejarah kita - kerana ia sememangnya terjadi dan setiap kejadian pula ada sebabnya. Kita perlu memandang ia dengan mata hati, lihat kenapa Allah menguji kita dengan perkara tersebut dan yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya yang Dia tahu tidak mampu untuk menanggungnya! Begitulah hidup yang penuh kesementaraan ini diatur oleh Allah swt agar kita sentiasa ingat kepadanya. Ya, hidup ini sementara - begitu juga masalah itu, juga bersifat sementara belaka, tiada yang kekal kecuali Allah swt - masalah akan pergi juga suatu hari nanti bak kata pepatah "Langit tidak selalunya mendung & mendung tiak beerti hujan"

Suatu hari nanti pengalaman pahit itu akan berubah rupa menjadi  pengalaman manis pula, bahkan mungkin menjadi kenangan terindah dalam hidup kita untuk kita jadikan iktibar - sempadan dan panduan dalam meneruskan laluan di sepanjang jalan kehidupan ini. Saya sendiri masih ingat bekas cubitan ibu yang menjadikan saya cukup sedar terhadap kesalahan saya masa kecil-kecil dulu. 

Lalu bagaimana ya caranya untuk mengurangkan trauma terhadap semua ini ? 

Pertamanya, kena terima hakikat bahawa sesuatu perkara itu telah berlaku dan ia tidak boleh lagi diubah-ubah. Kena yakin bahawa setiap perjalanan hidup ini ada hikmahnya tersendiri. Kena berpegang kepada qada' dan qadar Allah. 

Guru saya pernah berpesan jika ada apa sahaja masalah yang tidak dapat kita selesaikan , maka kita serahkanlah ia kepada Allah. Seeloknya bangunlah di 2/3 malam, lakukan solat sunat tahajud, sunat taubat dan sunat hajat - kemudian berdoalah kepada Allah. Semasa berdoa bayangkan masalah yang ada itu dan letakkan masalah di dalam tangan anda, kemudian berdoalah, mengadulah kepada Allah tenatang masalah itu, serahkan pada Allah dan minta Allah bantu. Allah akan turun ke langit dunia di 2/3 malam untuk melihat manusia dan mendengar doa-doa manusia. Jadi berdoalah - lakukanlah dengan penuh sabar dan istiqamah - berterusan, jangan putus asa. Ingat Allah maha kaya, dia akan makbulkan segala permintaan hambanya, jika bukan sekarang mungkin di kemudian hari. Semuanya ada sebabnya, semua ini termasuk dalam ujiannya kepada kita sebagai hambaNya. 

Sementara itu, muhasabahlah diri sendiri semak semula ibadah terutama solat fardu - tertunaikah semuanya - jika iya, tingkatkan lagi kepada sembahyang berjemaah, masih ada lagi yang belum di qadakah? Qadakan yang lepas-lepas sedikit demi sedikit dan ingatlah sentiasa untuk bertaubat. Allah sayang pada umatNya yang bertaubat. Doa adalah senjata mukmin yang paling mustajab!

Teknik hipnosis juga insyaAllah boleh membantu mengurangkan masalah ini - untuk mengurangkan ingatan terhadap kesan peristiwa hitam yang membelenggu kehidupan kita caranya ialah - ikut skrip di bawah - sekiraya ingin melakukan kepada diri sendiri, mohon bantuan teman untuk membacakan skrip ini atau baca dahulu kemudian lakukan teknik mudah ini sendiri, - anda mampu mengubahnya!! :

"Sekarang pejamkan mata anda, bertenang dan bernafaslah seperti biasa. Sekarang bayangkan masalah anda tersebut - apa yang berlaku - bayangkan -sejelas-jelasnya peristiwa itu, kemudian perlahan-lahan kaburkan bayangan peritiwa itu, makin lama semakin kabur dan terus kabur.....saya mahu anda kecilkan gambaran itu dan ubah bentuknya.... ubah bentuk gambaran itu sekarang kepada bentuk segitiga dan kecilkan ia, semakin kecil dan terus mengecil...perlahan-lahan turunkan  gambaran yang kabur, kecil dan segitiga itu  kepenjuru perut sebelah kiri"  

Sebagai manusia kita harus berusaha, kerana sesiapa yang berusaha pasti dia akan mendapat hasil dari usahanya itu. Salam suksess.


No comments:

Post a Comment