Tuesday 13 September 2011

Sehari bersama PIDM - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Bersama Tuan Adi dari PIDM

Aktiviti ini berlangsung di ruang legar bersebelahan koperasi Polimas. Untuk makluman semua Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di Malaysia.

Sejajar dengan komitmen PIDM terhadap peningkatan pengetahuan dan kemahiran kewangan di kalangan generasi muda dan keberkesanan program pendidikannya pada tahun 2011 dalam meningkatkan minat para penuntut terhadap pengurusan kewangan dan simpanan secara berhemat, pihak PIDM  meneruskan pelaksanaan aktiviti jerayawara di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia bagi tahun 2011 di bawah Program Pendidikan PIDM.


Program jerayawara yang dianjurkan oleh PIDM  melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:

·                    Penyampaian video maklumat mengenai peranan PIDM, perlindungan insurans deposit serta perlindungan manfaat takaful dan insurans;

·                     Permainan dan kuiz bagi menguji tahap pengetahuan kewangan para penuntut;

·                     Pengenalan kepada Permainan Dalam Talian MoneySmart, bahan didik hibur yang membolehkan para penuntut bermain, belajar dan pada masa yang sama, berpeluang memenangi ganjaran. Para penuntut akan digalakkan untuk mendaftar bagi menyertai permainan ini. Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai di bawah Kategori Individu dan Kumpulan. Pelajar yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftar di PIDM . Jadi tunggu apa lagi, bertindaklah sekarang, ilmu dapat , malah jika rezeki anda mungkin dapat hadiah RM3000.00 yang ditawarkan. Selamat mencuba!!!


No comments:

Post a Comment