Thursday 29 September 2011

Mari kita berhati-hati kerana hidup ini penuh ranjau di sepanjang jalan.


"TAHNIAH"

Simcard anda

Berjaya
Menangi
RM 30,000.00,
From promotion
"SHELL"M.BHD
No.Siri : 881234
Sila Call Office:
011-1269-1485
Mohd Azlan



Ini sms yang saya terima tengahari ini. Sungguh menerujakan. Maklumlah baru kali pertama saya menerima sms sebegini. Tetapi sebenarnya maklumat sendiket penipuan sebegini telah banyak kali  mendapat liputan berita dan akhbar. 

Ada no telefon pejabat dalam sms itu kan? Saya terus saja membuat panggilan paslu ke nombor tersebut. Suara seorang lelaki yang mengangkat telefon tersebut. Saya percaya ada sedikit slang Indonesia, walaupun dia mencuba untuk bercakap sepeuhnya dalam bahasa kebangsaan Malaysia. Dia meminta saya membacakan no siri yang dihantar. Dia juga menjelaskan bahawa dia adalah pegawai dari syarikat Shell, berpengkalan di Kuala Lumpur. 

Apabila saya banyak soal, dia mula mengesyaki sesuatu. Dia mengatakan saya adalah polis. Tanpa menunggu jawapan dari saya terus dia memaki hamun polis Malaysia. Memang benar ini adalah sendikit penipuan. Mari kita berhati-hati kerana hidup ini penuh ranjau di sepanjang jalan. 

Kepuasan setelah sampai ke puncak
2009 - Timpohoh Gate to Low Peak
bersama team JPP SeMalaysia
Sebuah analogi untuk renungan bersama "Dapatkan maklumat sebelum melangkah untuk sebuah perjalanan. Melangkah dengan penuh perkiraan. Jika berjumpa onak dan duri, buanglah seikhlas hatimu, jika tidak berupaya, elakkan darinya, agar tidak tertusuk dan melukakan kaki. Jika ada bukit yang perlu dipanjat, usahakanlah, jika tidak mendaki , mustahil puncak itu boleh kita tawan." 

No comments:

Post a Comment