Friday 2 September 2011

Semangat Baru

Salam cinta kasih kerana Allah dan Rasulnya!!

Bersama Ulama Masa Depan : Along, Hanif dan Hafidz
Wajah ceria di pagi 1 Syawal
Saya sentiasa yakin Allah memilih kita untuk menjadi salah seorang diantara orang-orang yang bertaqwa kepadaNya. Kerana kita punyai kesempatan untuk merasa nikmat 1 Syawal, beryukur di atas nikmat kebahgiaan yang dianugerahkan ini. Allah terus membimbing kita untuk terus menghidupkan hari-hari kita dengan perkara-perkara kebaikan. Allah terus memberi hidayahNya kepada kita. Allah menggerakkan kita untuk terus berfikir ke jalanNya. Alhamdulillah, wa syukurillah!


Allah berfirman "Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sesiapa yang disesatkan Allah, tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya" al -Zumar , ayat 23.

dan Allah juga berfirman mahfumNya "Dan orang yang mahu menerima petunjuk, Allah akan menambah petunjuk dan memberikan kepada mereka ketaqwaan" al-Muhammad, ayat 17.

Kedua-dua petikan maksud ayat suci al Quran itu jelas menunjukan kepada kita bahawa selagi kita berusaha untuk mendekati diri kepadaNya, Allah akan terus membantu kita mencapainya. Kita yakini itu dan kita terus bersemangat dan memperbaharui semangat itu setiap hari. 

Saya berpesan kepada anak-anak agar betulkan niat untuk berpakaian pada pagi edulfitri ini. Berpakaianlah kerana suruhan Allah untuk menutup aurat dan bukanya untuk bermegah-megah". 

Salam edulfitri, maaf zahir dan batin. Jom kita ziarah sanak saudara, bermaafan - itu tuntutan agama. Eratkan silaturrahim, teguhkan ukhwah.

Entri hari ini saya akhiri dengan satu peringatan kepada diri sendiri .... perkara yang pertama dihisab di akhirat nanti adalah SOLAT, jadi sudah sempurnakan solat kita? 

Semoga Allah jauhi saya dan kita semua dari ria' dan ujub. Saya begitu bersemangat untuk memulakan penulisan tentang solat - mencari ilmu untuk diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment