Monday 5 September 2011

Mari Kita Berdoa

Wad Dimana Hakimi di tempatkan.
Saya baru pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, menziarahi Mohd Nor Hakimi Ghani yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 04 September 2011, jam 6.00 pagi.

Beliau kini di tempatkan di High Dependency Ward , masih belum sedar dan akan dibedah untuk kali ke dua pada jam 02.00 petang ini. Pembedahan pertama, Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya untuk merawat pendarahan dalam otak dan membuang darah beku. Pembedahan kedua terpaksa dilakukan setelah pakar neuro berpendapat bahawa kadar tekanan dalam otak pesakit masih lagi  tinggi. 

Hakimi dilanggar oleh sebuah kereta sebaik sahaja membonceng motorsikal milik kawannya yang datang menjemputnya di stesen bas Jitra - dia baru sahaja pulang dari Kelantan sempena cuti hari raya edulfitri.

Mari kita bersama-sama mendoakan semoga pembedahan itu berjaya dan Hakimi selamat serta mampu meneruskan semula perjuangannya di bumi Allah ini. Amin.

Lewat jam 06.00 petang, menerima pesanan teks dari En. Abd. Ghani, ayah kepada Hakimi " Hakimi telah selamat menjalani pembedahan kali kedua. Sekarang pernafasan stabil. Terima kasih atas keprihatinan warga POLIMAS" Syukur Alhamdulillah.

Semoga Allah Selamatkan Kamu
" Selalunya saya yang menolong anak orang bila berlaku kemalangan, kini giliran anak saya. Allah balas balik dengan mempermudahkan urusan anak saya di sini. Saya ada kenalan di sini. Selalunya saya minta ahli jemaah surau di kampung saya untuk bersama-sama solat hajat untuk keselamatan atau untuk apa-apa tujuan demi kebajikan penduduk, kini jemaah, bersolat hajat untuk anak saya pula..."  Luah En. Abd. Ghani.

Ayah Hakimi - En. Abd. Ghani sudah 32 tahun bertugas sebagai attendan hospital, dan kini masih berkhidmat di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah mantan presiden persatuan attendan hospital. Punyai hubungan dan kenalan yang baik dengan attendan hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Surau/Madrasah di Kampung beliau.

Alangkah indahnya hidup tolong menolong - pay it fowards!! 


2 comments:

  1. Mudah2han.
    Byk moral value yg kita dapat.
    Pgg konsep
    give&take
    mudah2han smuanya slmt.amin
    Ya Allah

    ReplyDelete
  2. Ya saudara, bantu sesama kita tanpa syarat dan sempadan. Hari ini hujan di daerah mereka, tanah kita tidak juga selamanya kontang! Fikir-fikirkan. Salam suksess mal!

    ReplyDelete