Wednesday 3 August 2011

Cuti Ihya Ramadhan 1432H - II

Ramadhan Kareem!

Jumaat bermalam di rumah Ma dan Abah. Syukur kehadrat Illahi, memberikan peluang bertemu mereka dalam suasana yang gembira. Sesungguhnya gembira itu adalah nikmat yang Allah kurniakan pada umatnya. Ianya lahir dari sekeping hati yang terus mahu hidup. Jika hati sudah hitam dan mati, nescaya cahaya dan nikmat kegembiraan itu tidak akan mengunjung tiba. Saya ingin mengulas lanjut tentang bagaimana menjadi gembira. tetapi bukan dalam entri ini. InsyaAllah, doakan saya dan kita boleh berkongsi bagaimana mendapatkan kegembiraan, ketenangan melalui kaedah NLP dan juga teknik Hipnosis. Saya yakin benar Allah akan tunaikan hasrat saya ingin membantu dan berkongsi ilmu yang saya perolehi juga dengan izinNya untuk digunakan seterusnya ke jalanNya. Amin..amin..ya Rabbi.

Apa kaitan gambar di atas dengan entri saya? Terima kasih sekiranya berminat untuk mengetahui. Itu adalah keratan-keratan kahbar yang telah bertahun-tahun di tampal di pintu dapur rumah Ma @ Mak di kampung. Tujuannya hanya satu - sebagai peringatan kepada anak-anak supaya tidak mengambil makanan segera!

Mudah bukan? Cuma gunting keratan akhbar dan tampal. Tetapi  kesannya, masyaAllah, hebat memang hebat! ia memberi motivasi yang tinggi kepada saya. Ini adalah cara terbaik yang Ma lakukan dalam proses mendidik anak-anak. Pada setiap kali anak teringin untuk makan makanan segera semasa berada di dapur, mereka akan berfikir dua kali setelah membaca kesan-kesan akhibat mengambil makanan segera ini. Bila dibaca berulang-ulang ia akan membentuk satu kepercayaan. Dengan terbinanya kepercayaan ini akan terbentuklah sikap. Akhirnya objektif untuk melihat anak sihat dan berjaya insyaAllah akan tercapai. Hebatnya anugerah Allah kepada Ma untuk bertindak sedemikian. Penuh hikmah dan bijaksana. Kita juga sebenarnya boleh untuk melakukan sesuatu yang kita tidak gemari dengan mempengaruhi neuro seseorang. Ini adalah ilmu NLP. Bagaimana ia berlaku bergantung kepada jenis kepercayaan yang ingin kita bentuk. Dan yakinlah bahawa jika sesuatu perkara dibuat berulang kali ia akan membentuk kepercayaan dan sikap.  

Alhamdulillah, malam itu sempat solat jemaah bersama penduduk kampung yang lebih tersentuhnya apabila Along yang baru berusia 15 tahun diberi peluang untuk mengimamkan solat Magrib dan Isyak. 



No comments:

Post a Comment