Thursday 11 August 2011

Ramadhan 1432H - 10

Ramadhan Kareem, salam kasih sayang kerana Allah dan RasulNYa.

Pulang dari pejabat, seperti biasa saya kan singgah di masjid untuk solat asyar berjemaah. Terasa ketenangan dan kebahagiaan bila dapat peluang solat berjemaah. Kebetulan 10 ramadhan ini, saya memakai baju koporat yang tertera logo polimas. Sesudah segalanya selesai, sebelum pulang sempat juga saya mendapatkan 2 bungkus bubur kanji @ bubur lambok kegemaran Diyana untuk berbuka puasa petang nanti. Tetiba saya disapa oleh seorang hambaAllah, menegur saya dan bertanya nama dan jabatan mana di politeknik. Saya jawab sejujurnya. Wajahnya tetiba berubah menjadi cukup ceria.
Dia kenalkan dirinya sebagai Osman. Katanya dia menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa pelajar pulang berhari raya di kampung. Dia telah ke pejabat HEP Polimas tadi, tapi kata staff, saya tiada di pejabat. Benarpun, selama hampir keseluruhan waktu pagi itu saya gunakan untuk mengedarkan soalselidik keberkesanan pengurusan disiplin pelajar di beberapa lokasi terpilih mengikut kursus di dalam kampus Polimas. Sebagai tonggak utama dalam pengurusan disiplin pelajar, saya memikul tanggungjawab yang diberi dengan melihat dari pelbagai sudut - jasmani dan rohani pelajar @ fizikel dan psikologikal pelajar. Bantuan yang En. Osman hulurkan saya terima dan akan maklumkan berita baik ini kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Tiket bas untuk pulang bercuti sempena menyambut Syawal ini, terutama ke negeri di Pantai Timur sudah lama habis..Justeru tawaran itu adalah rahmat 10 Ramadhan yang cukup beerti kepada saya, pelajar dan politeknik. Ini adalah Rahmat Allah sempena hari terakhir janji Allah kepada kita iaitu rahmatNya. Alhamdulillah, saya amat bersyukur. Semua gerakan serta tindakan tak akan berlaku tanpa izinMu jua ya Allah! 

Tanpa kita sedar, kita telahpun melalui Fasa 1 = Rahmat Allah, selama 10 hari di awal ramadhan ini. Kita telahpun menghantar 10 hari tersebut dengan catatan mengikut amal ibadah yang kita lakukan. "Ya Allah ya Rabb, kau terimalah segala amalan ku hanya untukMu yang Allah" Elok juga kita muhasabah diri , menilai diri sejauh ini perjalanan Ramadhan yang kita lalui, setakat mana pencapaian kita? Adakah kita sudah merasa berpuas hati, ataukah masih terasa tidak cukup dan amat perlu untuk berusaha lagi? Segalanya hanya kita yang boleh menilai diri kita sendiri. Wallah huaklam. Jika masih terasa amat kurang, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon kepada Allah, agar memberi kita nikmat baki Ramadhan yang ada lagi untuk terus meningkatkan amal ibadah kita ini, sebelum tiket Ramadhan juga kehabisan! Tiket Ramadhan masih berbaki 19 atau 20 hari lagi, justeru gunakan peluang yang ada untuk menikmati perjalanan ini. Jadikan ia perjalanan Ramadhan yang terindah yang pernah kita lalui sepanjang kehidupan kita yang sesingkat ini. InsyaAllah, Allah itu maha mengetahui segala sesuatu dan maha pemurah sifatNya akan memberi kita apa yang kita inginkan. Percayalah....

Hari ini memang suatu hari yang cukup bermakna dengan berbagai anugerah Allah kepada hambaNya. Hari ini juga adalah hari ulang tahun kelahiran  Adik @ Nurin. Kami sambut sekadarnya sahaja. Untuk menjadi adil  saya belikan juga sebiji kek sebagai motivasi dan galakan supaya menjadi anak yang tahu menghargai dan dihargai. 

Usai berbuka puasa, Zira bersuara, mengajak saya berbuaka puasa esok di Masjid! Allah Huakbar! ini satu lagi anugerah nikmat Allah kepada kami. Besar sungguh rahmatMu. Malam itu saya terlena dalam zikirullah.

No comments:

Post a Comment