Sunday 14 August 2011

Ramadhan 1432H - 12

Ehya Ramadah al Mubaraq!

Semoga kita memperolehi keampunannya. Mari kita teruskan beramal ibadah. Rugi kalau kita lepaskan peluang ni begitu saja. Subuh 12 ramadhan, saya hadir tazkirah subuh yang disampaikan oleh Sheikh Alwi, Pegawai Agama, Daerah Yan,Kedah. Saya nak share secara ringkas tentang kelebihan orang-orang yang baca al-Quran. Orang-orang yang membaca al-Quran, tempatnya adalah di syurga ar-Rayyan, pintu syurga tersebut akan memanggil-manggil orang-orang yang membaca kalam Allah itu. Saya dan anda bagaimana ya? adakah kita pasti  pintu syurga itu akan melambai-lambai menggamit kita supaya memasukinya? Ataukah cukup sekadar menjadi pemerhati kepada orang-orang lain sahaja yang dijemput, tetapi bukan kita? Mana yang kita mahu? 


Syeikh Alwi - KADI Yan, Kedah
Setiap ayat yang dibaca dianalogikan sebagai sepatu atau kasut yang akan digunakan untuk mendaki martabat syurga Allah. Jika sekiranya kita banyak membaca kalam Allah itu, maka lebih tinggilah martabat syurga yang kita dapat!! Haa, kita sepatutnya tidak perlu tunggu lama lagi untuk bermula. Ingat kita tidak pernah terlewat untuk memulakan sesuatu. Lebih baik bermula daripada tidak langsung. Bak kata orang klasik - perjalanan yang jauh itu bermula dari langkah yang pertama. Lebih elok kalau kita bertadarus di surau atau di Masjid, lebih banyak kita dapat dan bacaan kitapun boleh diperbetulkan. Jom baca Quran!!  Alhamdulillah, terima kasih tuan Syeikh Alwi.

Petang, hujan rahmat turun dengan lebatnya. Saya keluar untuk membeli sedikit juadah tambahan. Kami jemput Faisal Afwan, anak saudara yang sedang belajar di KUIN - Insaniah berbuka di rumah saya. Dia datang bersama-sama 4 orang kawannya. 4 orang mengambil jurusan syariah dan  seorang usuluddin Saya doakan mereka semua menjadi pewaris ulama yang cekal berhadapan dengan ujian mempertahankan kalimah Allah di muka bumi ini Amin!

No comments:

Post a Comment