Saturday 27 August 2011

Ramadhan 1432H - 25

Salam Ramadhan Kareem!!

Sewaktu zaman rasulullah, di penghujung Ramadhan ini, para sahabat akan menitiskan air mata. Air mata kesedihan yang tiada tolok bandingnya. Sukar untuk disamakan dengan lain-lain kesedihan - meratapi Ramadhan yang akan meninggalkan kita. Justeru, marilah kita menoroka hati nurani kita, apa perasaan kita di penghujung perjalanan ramadhan bulan keampunan ini? Sudah terampunkah dosa dan noda?


Jawapan hanya kita yang tahu. Apapun sepanjang jalan yang kita lalui bersama, saya percaya kita telah menetapkan destinasi kita. Semoga semua memperolehi rahmat dan keampunan dari Allah swt-insyaAllah.

Antara tanda orang-orang yang diampunkan Allah dalam bulan Ramadhan ini ialah, meningkatnya motivasi diri untuk mendekati diri dengan Allah -meningkatkan amal ibadah, mengisi ruang waktu dengan mengingati Allah -puasa kita hanya untukNya bukan?

Saya begitu terkesan dengan Diyana. Puasanya tahun ini cukup bermakna. Dia gagah meneruskan puasa, sentiasa solat di awal waktu dan senangpula membaca alQuran, setiap selepas solat maghrib dan subuh. Perubahan yang hebat dari bulan-bulan sebelumnya. Lalu bagaimana ya dengan orang-orang dewasa yang masih malas untuk berpuasa, malas solat, malas baca Quran? Adakah Allah juga ampunkan mereka? Jawabnya tidak. Jadi semak diri, nilai perubahan, adakah kita semakin dekat dengan Allah. Manisnya jika semua orang saling menunaikan hak kepada yang Maha Pencipta!

No comments:

Post a Comment