Wednesday 10 August 2011

Ramadhan 1432H - 9

Sepanjang jalan 9 Ramadhan adalah hari yang begitu mencabar.Diuji dengan pelbagai ragam, rentak dan nada jiwa-jiwa yang masih mentah dan perlu diberi didikan secara istiqamah. Semuanya kerana hari ini, Jawatankuasa Disiplin Pelajar melakukan pemantauan sahsiah dan rupa diri pelajar di sekitar kampus. Tekak menjadi kering yang amat, mungkin kerana banyak kali bercakap, menasihati siswa dan siswi agar membetulkan kesalahan serta menerangkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Sekalung penghargaan kepada semua pelajar yang sudi untuk ditegur. Dan ingatlah pesan saya bahawa "tidak salah untuk melakukan kesalahan disiplin rupadiri, tetapi adalah salah jika mengulangi kesalahan selepas ditegur"
Masih tergiang di telinga saya amanat Ketua Pengarah - Mej. (K) Hj. Md. Nor bin Yusof, bahawa "kita adalah institusi pendidikan, kita perlu didik mereka. Didik dan terus didik, tanpa jemu, tanpa ragu." dan satu lagi ialah "tugas tuan/puan adalah untuk jaga kebajikan mereka, saya tidak mahu lihat ada pelajar yang melarikan diri ketika berjumpa dangan tuan-puan semua" Itulah kata-katanya yang selalu saya pegang pada setiap kali saya berjumpa dengan pelajar. Kami akan terus mendidik jiwa-jiwa ini kerana harapan agama, bangsa dan negara pada masa depan ini untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Saya amat sedih sekiranya ada pelajar yang tidak mahu berubah apabila ditegur. Memang alasan boleh dicipta dengan seribu satu alasan. Namun mereka perlu sedar hukuman juga salah satu dari kaedah mendidik. Lalu kami juga tidak rasa rugi dan hina untuk memohon maaf kepada pelajar kerana kami terpaksa mengganggu "keselesaan" yang mereka kecepai sebelum ini. 

Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil dan banyak juga berita-berita palsu yang tersebar di sekitar kampus. Siswa-siswi yang budiman, kami tidak pernah melarang pelajar untuk memakai pakaian apapun ke kuliah. Cuma fikirkan dan renungkan sejenak,  apakah pakaian yang saudara dan saudari pakai itu sesusai dan sopan  untuk ke kuliah? 

Kami cuma nyatakan bahawa  pelajar dilarang memakai pakaian (termasuk tudung) yang mendedahkan aurat, menjolok mata dan yang keterlaluan. Pra syaratnya cuma tiga itu sahaja. Begitu juga degan rambut - tidak sopan dan tidak manis untuk menyimpan rambut panjang dan tidak terurus untuk menuntut ilmu. Allah sukakan kebersihan. Jadi apa salahnya potong rambut ikut peraturan - tidak mencecah kolar baju - dan fesyen tidak keterlaluan. Peraturan di buat untuk kesentosaan semua orang. 

Untuk berjaya dalam apa sahaja lapangan kehidupan, disiplin dan istiqamah diri yang tinggi adalah diperlukan. Belajarlah dari kesilapan. Janji kami sebesar mana pun ujian yang ada kami akan teruskan usaha kami mendidik jiwa-jiwa muda ini supaya menjadi ummah yang mampu mencorakkan kesentosaan negara pada masa hadapan!! InsyaAllah.

"Ya Allah, Ya Rabb, aku menadah tangan di pagi ini, memohon kepada mu agar kau lapangkan dada pelajar kami untuk menerima ilmu dan dapat pula memanfaatkan ilmu itu jalanMu yang Allah! Jadikan mereka pelajar yang berdisiplin dan anugerahkan nikmat kejayaan sebagaimana yang telah engkau berikan kepada orang-orang telahpun menempa kecemerlangan dunia dan akhirat" Amin!!


"Jaga diri, hiasi peribadi
akhlak terpuji, ilmu diberkati"

No comments:

Post a Comment