Friday 5 August 2011

Ramadhan 1432H - 4

Ramadhan Kareem.


Diyana begitu kepenatan hari ini. Pulang dari kerja, saya lihat anak perempuan bongsu saya ini sedang tidur dengan begitu lena di ruang tamu rumah dengan hanya beralaskan kusyen. Baju sekolahnyapun masih belum di tukar. Letih mungkin. Tetapi roh ramadhan yang mengalir dalam jiwanya begitu kejap - meneruskan perjalanan puasanya dengan sempurna.

Tetapi saya terpaksa mengejutkannya setelah isteri memberitahu bahawa dia belum lagi solat zohor." Eh dah lewat ni. Cepat bangun, mandi". 


Sepantas kilat dia sedar dan duduk bersila. Tetiba air jernih yang bergenangan dikelopak matanya mula menitis dan menuruni hingga ke pipi. "Kenapa nangis? Ayah tak marah kan? Kalau tak solat tuhan lagi marah. Lagipun kalau puasa tapi tak solat, tak sempurna puasa tu.. Amalan solat dan puasa dua-dua wajib!" 

"Ayah kata mahruh kalau mandi petang.Sebab tu na tak mandi. "Tetiba dia bersuara. Saya melihat jam , sudah jam empat. Dia kelihatan lesu sekali. "Tak apa na. Belum masuk asyar lagi. kalau mandi selepas asyar barulah mahkruh hukumnya.." Dia kelihatan sedikit ceria, dan saya menawarkan pertolongan untuk mengambil  tualanya. Setelah mandi saya melihat dia terus solat. Alhamdulillah. Semoga Allah menerima amalan kami sekeluarga dan seluruh umat islam di muka bumi ini. Kami sedar ya Allah, hidup ini hanya sementara. Hidup ini dan mati kami hanya untuk mu ya Allah.

Waktu berbuka petang itu, Nurin lah yang paling gembira. Apa tidaknya, setelah 4 hari Ramadhan, hajatnya  untuk menikmati bubur lambok tercapai. Saya yang mendapatkannya di surau Darulaman Height selepas solat asyar berjemaah.

Malam, besama keluarga solat sunat tarawikh di Masjid Tanjung pauh, Jitra. Hati amat bersyukur demi melihat betapa rumah Allah ini dipenuhi dengan begitu ramai manusia. Walaupun masjid ini cukup besar, namun di bulan ramadhan ini tidak mampu untuk menampung jumlah jemaah yang seramai ini. 



No comments:

Post a Comment