Monday 15 August 2011

Ramadhan 1432H - 14

Salam Ramadhan Kareem...

Wah! sepanjang jalan 14 Ramadhan adalah hari yang hebat, semua pihak bertungkus lumus, bersedia untuk majlis  berbuka puasa bersama menteri! Majlis yang disediakan untuk staff dan pelajar itu akhirnya berlangsung dengan sempurna. Hmm, kawan-kawan pula sibuk bercerita tentang kejayaan Datuk Lim Cong Wei memasuki separuh akhir badminton piala dunia! Saya sempat rakam gambar seorang pekerja yang tekun bekerja sebagai persediaan menyambut bapak menteri kita. Sampai ke dalam longkang perlu dicuci. Bahu-bahu jalan dicat baru, pendek kata semuanya perlu dilihat kemas, bersih dan tersusun rapi! Hebat persediaan kita.


Bagaimana ya sekiranya semangat membersih, mencuci, mengecat dan sebagainya itu kita lakukan ke atas diri kita sendiri. Kita lakukan semua itu bukan sekadar pada fizikel tetapi juga terhadap spiritual kita. Nah, sekiranya usaha mencantikkan, menceriakan kawasan, mencuci segala kekotoran dapat kita lakukan, kenapa tidak adaptasikan saja proses itu untuk penyucian jiwa kita! Jiwa kita sudah bersih? Betul ka? Tak ada langsung rasa marah, dendam, benci, dengki, cemburu, pra-sangka, dan segala macam lagi jenis penyakit hati ni kan... macamana caranya nak membersih segalanya ni? Bolehkah? Jawapannya semua terletak kepada kita!! Jika kita katakan kita mampu melakukannya, ya kita boleh melakukannya, ini bukan suatu perkara yang mustahil. Sejahat manapun kita, kita boleh berubah sekiranya kita mahu untuk berubah. Buka pintu hati kita untuk berubah! Niat untuk berubah! Susuli dengan tindakan. Ingat mulakan dengan solat hajat dan solat taubat. Niat yang ikhlas insyaAllah, Allah swt akan tolong kita. 

Cerita saya sebagai contohnya, saya perokok tegar suatu masa dahulu. Tak perlu malu untuk mengaku. Ramai kawan-kawan beritahu saya bahawa susah untuk berhenti merokok. Saya akuinya. Lantas saya juga jadi macam mereka yang beranggapan susah nak berhenti merokok! Kemudian saya cuba untuk berhenti, lalu saya cuba pelbagai cara termasuklah membeli Nikotina yang berharga RM70.00 satu kotak untuk bekalan selama seminggu. Tetapi segalanya tidak berhasil! Saya masih lagi merokok! Tetapi kini saya sudah tahu cara untuk berhenti merokok! Saya nyatakan pada diri sendiri  bahawa rokok bukan untuk saya - saya tidak katakan saya cuba atau akan atau saya sudah tak merokok! Saya lakukan meta programming untuk diri saya sendiri! Ya Hipnosis diri sendiri! Akhirnya saya memang benar-benar bebas dari rokok!! Ketagih ?? Peringkat awalnya terasa sangat, tetapi bila kita berupaya melawannya, rasa seronok akan merajai diri kita! Saya ghairah melawan rasa ketagih itu! Saya mahu buktikan bahawa saya kuat melawan nafsu merokok itu!! Hah! berhala nafsu namanya. Saya juga ingatkan diri saya bahawa merokok itu hukumnya haram. Saya ambil hukum itu supaya jadi benteng suapaya saya tidak lagi merokok! Bila mahu merokok saya ingat bahawa Allah tidak suka orang merokok, jika Rasulullah masih ada, juga baginda akan marah, jadi kenapa kita umat nya yang mengaku taat ini masih mahu merokok! Jom kita pakat buang tabiat buruk!

Anda bagaimana? Sudah diroboh berhala nafsu dalam diri anda? Robohkan dengan dekatkan diri dengan Allah swt. Itu sahaja caranya..mudah bukan... tidak perlu sehebat Datuk Lim utuk merobohkan berhala nafsu dalam diri kita... selamat meneruskan jihad melawan hawa nafsu!!!



No comments:

Post a Comment