Wednesday 3 August 2011

Ramadhan 1432H

Hari ke dua berpuasa. Hari ini saya masih bercuti. Ada beberapa urusan persendirian yang perlu saya selesaikan hari ini. Solat subuh berjemaah dengan seluruh ahli keluarga. Along menjadi imam. Selesai solat, semua lekas-lekas pula mencapai kitab suci al-Quran. Semua anak-anak menyambung bacaan yang dimulakan sekali lagi lewat bulan Rejab yang lepas. Target saya untuk Ramadhan tahun ini, semua ahli keluarga khatam al-Quran walaupun sekali.Kami panjatkan kesungguhan niat suci ini demi Mu ya Allah!! 


Pasar  Jitra pagi itu menampak kesibukan yang ketara. Bukan kebiasaan saya mengunjung pasar pada hari-hari begini. Biasanya kami ke pasar pada hari minggu sahaja. Perkara pertama yang saya ingin catatkan adalah kenaikan harga ikan. Ikan Siakap biasanya RM16.00 sekilo sekarang mencecah RM24.00 sekilo. Bayangkan. Ini rezeki Ramadhan kepada para peniaga. Otak mula tertanya-tanya, adakah ia juga rezeki para nelayan? Ataukah nelayan cuma menerima hasil yang biasa-biasa saja? Teori permintaan dan penawaran mula memainkan peranan utama dalam soal ini. Bila permintaan mula meningkat, sedangkan barangan kurang di pasaran, mulalah peniaga menaikan harga barangan tersebut. Mujurlah, bagi barangan kawalan, kerajaan begitu prihatin memantau sekiranya berlaku kenaikan harga melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Petang, selepas mengambil Kakak dan Adik di Sek. Men. Keb. Jitra (SMJ), kami mengunjungi pasar Ramadhan di Taman Mahsuri, Jitra. Isteri ada memesan Murtabak. Satu pusiangan kami berjalan merentasi jumlah manusia yang begitu ramai, belum kami temui. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa juga dengan gerai yang menjual murtabak. Walaupun terpaksa menunggu hampir 20 minit, akhibat terlalu ramai yang menunggu giliran untuk mendapatkan murtabak masing-masing, akhirnya kami dapat membeli 4 keping murtabak dengan harga RM2.00 sekeping. Mengikut makcik yang menjual murtabak itu, semalam - hari pertama Ramadhan jualan mencecah lebih 200 biji. Hari ini mungkin sama. Kenapa sama ya? Kekurangan tenaga - hanya suami seorang sahaja yang memproses murtabak tersebut. Tak ada cara lain kah? Itu hanya pre judgement saya terhadap apa yang berlaku. Apapun untuk maju ke depan terutama dalam perniagaan, kita tidak boleh meletak terlalu banyak halangan! Atau dengan perkataan yang lebih mudah jangan terlalu banyak mencipta alasan. Gunakan masa yang ada untuk mencipta peluang bukan alasan. Peluang perlu dicipta - ia tidak akan datang kepada kita dengan mudah. 

Apapun semangat baru generasi Ramadhan pada setiap tahun ialah berlumba-lumba berniaga - memenuhi keperluan saudara yang lain, sementara sejumlah yang lain pula menjadi pembeli yang aktif - pembeli yang diburu nafsu-nafsi. Termasuk kita mungkin :-) Motivasi Domino cukup menarik untuk diperhatikan. Cuma untuk sebulan, bulan penuh barakah ini sahaja mereka begitu teruja dan ghairah berniaga dan bukan pada bulan-bulan yang lainnya. Inilah citra masyarakat melayu Malaysia. Cukup bermotivasi untuk berniaga bila ramai orang bermotivasi untuk membeli!!

Malam tadi, Allah masih memberi kami kesempatan menikmati indahnya solat sunat tarawikh di Masjid Mukim Malau, Jitra.  

No comments:

Post a Comment