Tuesday 23 August 2011

Frame Gambar Majlis Konvokesyen POLIMAS ke 25

Tahniah kepada semua graduan yang akan berkonvokesyen pada 25 hingga 27 September 2011 nanti.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) meneruskan usahasama dengan Acia Global Sdn. Bhd, bagi membekalkan frame gambar khas untuk konvokesyen Polimas.

Terima kasih kepada Puan Shahrul Indrawati Shaari kerana telah emailkan borang tempahan dan poster maklumat frame tersebut kepada saya dengan begitu cepat. Saya percaya mereka telah lakukan yang terbaik untuk memastikan produk ini sampai ke pengentahuan pelajar dan pelajar berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Buktinya cukup jelas. Pada peringkat awalnya pihak Acia Global telah mencetak risalah / poster frame tersebut untuk diedarkan kepada pelajar. Namun disaat-saat akhir mesyuarat memutuskan agar segala dokumen hanya perlu dimuat naik kedalam web rasmi Polimas - www.polimas.edu.my - ini bermakna tiada surat jemputan dihantar kepada pelajar. Saya agak terlewat memaklumkan perkara ini kepada Acia Global. Maafkan saya - ini tidak disengajakan., saya hanya mengetahui urusan ini semalam. Mereka terpaksa menanggung kos kerana telah mencetak poster/risalah frame tersebut. 

Terima kasih juga kepada Puan Nuramin - Pegawai Sistem Teknologi dan Maklumat Polimas kerana memuatnaikan maklumat tempahan frame ke dalam web Polimas. Anda telah melakukan kerja dengan cekap dan berkesan sekali.

Kepada graduan-graduan semua - ayuh abadikan kenangan terindah dalam hidup anda ini dengan frame gambar konvokesyen yang direka khusus untuk graduan Polimas! Tempahan boleh dibuat melalui web rasmi Polimas atau klik di sini. Selain daripada material yang digunakan adalah yang terpilih dan berkualiti, pelajar juga tidak perlu menggunakan stem pos untuk mengembalikan borang tempahan. Ini kerana pihak syarikat telah menyediakan sampul surat berbayar untuk kemudahan graduan. 


No comments:

Post a Comment