Sunday 7 August 2011

Ramadhan 1432H - 5

Ramadhan Kareem!!

Sepanjang jalan 05 Ramadhan membawa saya dan keluarga ke Alor Setar. Kami sekeluarga telah singgah di Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah. Saya begitu berminat untuk merakamkan keunikan masjid ini dari segi pengurusan yang cukup cemerlang sifatnya. Ini cuma pandangan kasar saya sahaja. Saya tidak berkesempatan untuk bertemu pak Imam masjid ataupun AJK masjid tersebut. Subhanallah, apa yang saya maksudkan ialah beroperasinya satu kedai koperasi masjid di dalam kawasan masjid tersebut. Alhamduillah, sepanjang saya berada hampir setengah jam di situ, urusniaga koperasi itu sungguh hebat! Ramai muslimin dan muslimah yang keluar masuk masjid khusus untuk mendapatkan barangan keperluan di kedai koperasi berkenaan. Satu lagi ialah wujudnya satu sekolah KAFA - kelas al Quran dan Fardhu Ain, yang juga beroperasi dalam kawasan masjid tersebut. Mungkin ada lagi yang saya tidak tahu mengenai aktiviti selain ibadah khusus yang dijalankan masjid ini. Allahhuakbar!!



Petang, berbuka puasa bersama keluarga dan anak saudara Faisal Afwan - yang sedang menuntut di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar.


No comments:

Post a Comment