Sunday 14 August 2011

Ramadhan 1432H - 11

Ehya Ramadhan al Mubarak!

Saya penuh bermotivasi dan berazam untuk beristiqfar 1000 kali hari ini. Atau mungkin lebih banyak dari itu. Senang saja. Saya tidak perlu tunggu masa yang khusus. Bila saja kelapangan, sambil memandu, sambil berjalan atau sambil melakukan apa sahaja yang memungkinkan saya untuk beristiqfar, saya akan lakukan. Kerana saya tidak mahu menjadi orang-orang yang rugi. Alangkah sia-sia jika kita isikan masa kita hanya dengan perkara-perkara yang melalaikan. Fasa 2 ini Allah telah janjikan keampunan dalam pertengahan Ramadhan ini. Peluang ini bukan datang selalu dan tempohnyapun cukup pendek, tetapi ganjarannya cukup besar! Jom kita ramai-ramai rebut peluang ni...

Masuk 11 hari berpuasa, selera makan Diyana nampak amat berkurangan. Saya harus lakukan sesuatu untuk bangkitkan kembali selera makan dia. Supaya dia tidak lemah dan lesu sepanjang hari. Kalau yang lain tidak mengapa, mereka sudah besar. Petang itu saya belikan sotong tepung dan tomyam di Restoran Dusun Permai, Jitra. Wah,  waktu berbuka, selera sungguh dia makan, Alhamdulillah.

Kitapun sama lah kan, kalau semangat kita berkurangan, motivasi kita berkurangan, kita perlu lakukan sesuatu. Kalau bateri kurangpun kita kena charge semula, betul tak? Apa yang boleh kita lakukan? Bagilah ganjaran pada diri sendiri sebagai memotivasikan diri. Atau hadiri majlis-majlis ilmu, baca buku yang berkaitan ataupun jumpa kawan-kawan yang kita senang dengan mereka.

Sebenarnya kita tidak perlu tunggu orang memberi motivasi kepada kita, kita yang kena usahakannya. Apapun bermula daripada kita. Kejayaan dan kakayaan juga berpunca dari kita, jika hanya duduk berangan kita tidak akan kaya dan berjaya. Namun kita perlu mulakan dengan angan-angan disusuli dengan tindakan! Tindakan akan menentukan cepat atau lambat kita akan perolehi hasilnya. Dosa dan pahala pun begitu juga, kita yang melakukannya. Eh, kita tahukah banyak mana dosa kita? Kalau tak pasti, jom kita amalkan solat sunat taubat dan istiqfar banyak-banyak =))...

No comments:

Post a Comment