Thursday 18 August 2011

Ramadhan Kareem 17

Salam Nuzul Quran!

Berapa kali dah khatam baca Quran bulan puasa ni? Alhamdulillah, terbaik lah, kalau dah selesai baca dan amat cemerlang sekiranya berjaya menyudahkan lebih dari sekali. 2 Muka surat setiap fardhu boleh selesaikan 30 juzuk Quran bukan? Nak seribu daya - kalau tak tercapai , kita sebenarnya mampu mereka seribu satu alasan! 
Aura Ramadhan ini memang hebat! Mana tidaknya, jika dibual-bulan yang lain tidak ramai yang bersemangat membaca al-Quran ini, tetapi di bulan ini, banyak surau di penuhi dengan aktiviti tadarus.   Tetapi kita harus ingat satu perkara - membaca al-Quran itu sunat, memahami isinya juga sunat, tetapi mengamalkannya adalah wajid. Jadi jom kita faham Quran dan terus amalkannya!!



Hari ini JPP masak bubur lambok. 4 Periuk semuanya. Siap dibungkus - menjadikan jumlahnya 1200 bungkus. Jam 4 Petang JPP mula edarkan kepada pelajar di pintu utama.  Petang ini kami akan berbuka puasa di lokasi kacau bubur lambok pagi tadi - surau Taman Mahsuri - Fasa 2A.

Diyana - 8 tahun
Balik rumah, anak bongsu - Diyana dengan penuh sayu pilu lesu, menghampiri dengan suara yang antara dengar dan tidak." Na dapat no 2 saja ayah..." Lantas dia terus diam. Saya hampiri dia dan ajak berbual. Saya katakan bahawa no 2 adalah juga kemenangan yang penting dia telah lakukan yang terbaik. Sebenarnya hari ini Diyana menyertai pertandingan deklamasi puisi di sekolahnya - SKBBD. Seminggu dia berlatih - menghafal sajak, menyebut dengan intonasi suara yang betul, menghayati sajak dan seterusnya memasukkan gaya ke dalam persembahan. Apa yang utama ialah dia telah berjaya meningkatkan tahap keyakinan diri beliau - berani tampil yakin di hadapan khalayak!! Syabas Diyana!! Saya hadiahkan pemadam sebagai galakan kepada dia. Dia gembira juga akhirnya. 

Alhamdulillah, petang yang indah - sebelum berbuka kami bertahlil dan berbuka bersama-sama di surau Taman Mahsuri Fasa 2A. Terima kasih jawatankuasa surau dan JPP.

No comments:

Post a Comment